Microsoft akhirnya telah mengumumkan nama, harga dan tarikh keluaran untuk Project Scorpio dengan nama baru, Xbox One X. Pada harga $500 (~RM2138), sistem itu akan dilancarkan pada 7 November 2017. 

Sesetengah pakar analisis memberitahu bahawa harga $500 untuk konsol itu adalah terlalu mahal. GI.biz telah mengumpulkan pendapat-pendapat dari beberapa pakar analisis mengenai harga tetap Xbox One X dan ramai bersetuju bahawa harga konsol itu mampu menghadkan kebolehan sistem itu untuk berjaya dengan lebih luas.

“Seperti yang dijangkakan, harga tetap untuk konsol terbaru itu adalah kelemahannya yang paling ketara. Memberikan peluang kepada Sony untuk merendahkan harga PlayStation 4 Pro kepada $350 (RM1496) dan meningkatkan risiko” kata Joost Dreunen dari SuperData.

Michael Pachter dari Wedbush Securities memberi komen:

“Saya rasa harga tetapnya terlalu tinggi. Konsol itu hanya tinggal kenangan kerana harga tetapnya telah membuatkan ia gagal dan pembeli nampaknya tidak akan menerima jika harganya $399 ke atas. Xbox One X akan berada dalam bahaya kerana harga Xbox One S ialah pada $249, sama seperti PS4. Dengan harga Xbox One X itu, pembeli mungkin boleh membeli Xbox One S dan PS4. Ia menghasilkan keputusan yang sukar buat sesiapa sahaja yang mempunyai bajet terhad. Bagi yang mempunyai bajet tinggi, mereka akan membelinya. Tapi saya masih rasakan yang ia terlalu mahal.”

Sartotri Bernbeck dari EEDAR berkata $500 adalah harga yang “adil” setaraf dengan spesifikasinya. Tapi beliau menyatakan yang ia masih susah untuk dijual.

Ada pakar analisis lain yang memberikan komen positif termasuklah Lewis Ward dari IDC Research yang berkata harga Xbox One X adalah harga yang berpatutan jika kita melihat spesifikasinya.

Awal tahun ini, Ketua Xbox, Phil Spencer berkata dia percaya bahawa Xbox One X (pada masa itu dikenali sebagai Project Scorpio) tidak akan terjual banyak seperti Xbox One S. “Majoriti konsol-konsol yang kami akan jual ialah Xbox One S dan kami amat bangga dengannya,” beliau memberitahu pada masa itu.

JomBaca: Lihat Apa Yang Ada Di Dalam Xbox One X – Mari Lihat Video Komponennya Dipasang Satu Per Satu!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.