Beberapa hari lalu, kita semestinya telah tersenyum apabila Marvel telah mengumumkan adiwira pertama dari Malaysia.

Marvel telah memperkenalkan Sun Bird (Burung Matahari), satu karakter yang bakal tiba secara eksklusif dalam game mobile bergenre RPG, Marvel Future Fight. Selain Sun Bird, ada tiga lagi adiwira baru turut diumumkan, yang semuanya berasal dari Asia — Blue Dragon (Vietnam), War Tiger (Thailand) dan Shadow Shell (Taiwan).

Keempat-empat adiwira baru ini, digabungkan menjadi sebuah pasukan yang digelar ‘Warriors of the Sky’.

Dalam blogpost rasmi yang dikeluarkan, Sun Bird disifatkan sebagai seorang lanun Malaysia yang hidup kembali dari zaman 1600-an. Beliau akan bertindak sebagai seorang yang menyokong penyembuhan kepada Warriors of the Sky, dan mempunyai dua bilah keris.

Pastinya ia sesuatu yang membanggakan apabila jenama sebesar Marvel mengangkat sebuah karakter tempatan dan disulamkan dengan budaya dan legenda Malaysia. Namun, ada beberapa perincian yang sedikit menyakitkan mata apabila kita perhatikan secara teliti terhadap rekaan karakter Sun Bird ini.

Kritikan terhadap rekaan karakter Sun Bird ini datang dari bukan calang-calang individu. Ia disuarakan oleh Aadi Salman, anak Malaysia yang bekerja di Ubisoft sebagai artis konsep (concept artis) yang cukup berpengalaman. Antara projek mega Ubisoft yang pernah mendapat sentuhan beliau ialah siri Far Cry dan Watch Dogs.

JomBaca: Alkisah Aadi Salman – Concept Artist Far Cry 4 & Watch Dogs 2 Di Ubisoft Montreal

Dalam satu post di Facebook, Aadi menggariskan beberapa pandangannya terhadap rekaan karakter Sun Bird yang boleh kita simpulkan sebagai tidak kemas dan tidak praktikal.

Ini adalah apa yang beliau suarakan:

  1. Pertama sekali, tiada orang Malaysia yang hendak berpenampilan seperti karakter ini, melainkan dia bangga nak jadi poyo [merujuk kepada pemakaian bersut].
  2. Pro tip: kamu boleh memiliki dua atau lebih keris, tapi kamu hanya akan menggunakan satu keris pada satu-satu masa. Menggunakan dua keris pada satu masa adalah seperti bermain gitar pada satu-satu sama (kamu dapat lakukannya, tapi untuk apa?).
  3. Ya, saya tahu, menghunus dua bilah pedang nampak cool. Tapi menghunus dua keris adalah perbuatan yang sangat poyo.
  4. Dia sepatutnya jadi seorang lanun?
  5. Burung Matahari adalah nama yang kurang cool. Cuba lain: Bro Matahari (Sun Bro dah ada orang claim) [Merujuk terma Sun Bro yang digunakan dalam siri Dark Souls].
  6. Saya tak faham macam mana dia pegang keris dengan tangan kiri? Ia seperti Mas Idayu memegang mikrofon.
  7. Rekaan keris itu akan nampak cool untuk mainan yang dijual di Pasar Malam pada tahun 90-an. Kecuali tiada siapa akan mengesahkan rekaan itu. Sampai sekarang.
  8. Dua sarung keris [di pinggang] kelihatan terlalu kecil untuk dua bilah keris itu? Perspektif yang dipaksa? Kamu putuskan.
  9. Saya fikir ini adalah satu-satunya perkara yang mana orang Malaysia tak kisah kalau negara lain nak ‘claim’ yang karakter ini mereka yang punya.

Jadi, macam mana? Korang setuju dengan pandangan Aadi ini? Atau korang ada pandangan tersendiri? Lontarkan di ruangan komen!

Marvel Future Fight boleh dimainkan di iOS dan Android secara percuma.

1 komen

JomKomen!