in , , , ,

Mendiang Davide Astori Akan Kekal Dalam FIFA 18, Disahkan Oleh EA

Selamat jalan, Astori.

Awal bulan ini, dunia bola sepak, khususnya arena bola sepak Itali telah dikejutkan dengan kematian kapten pasukan Fiorentina, Davide Astori. Mendiang telah meninggal dunia semasa dalam tidur, dikatakan mempunyai masalah jantung atas faktor semulajadi – meninggalkan kita semua pada 4 Mac pada umur 31 tahun.

Dihadiri ribuan penyokong bola sepak Itali semasa hari pengebumiannya, Astori telah meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan. Nombor yang pernah beliau guna di Fiorentina, iaitu nombor 13 telah dibersarakan bagi menghormati pemergian Astori.

Terbaru EA Sports telah mengesahkan, bahawa Astori akan tetap dikekalkan dalam FIFA 18. Apabila para pemain masuk ke dalam FIFA 18 sekarang, korang akan dipaparkan dengan satu kenyataan daripada EA Sports.

EA menjelaskan yang keputusan untuk mengekalkan Astori dalam game adalah permintaan daripada kelabnya. Walau bagaimanapun, nama mendiang akan digugurkan daripada pek pemain dalam mode FIFA Ultimate Team (FUT).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hellblade: Senua’s Sacrifice Versi Xbox One Telah Diumumkan, Menampilkan Pelbagai Ciri Tambahan

Ctrl+Alt Gaming 2018 – Pesta Raikan Komuniti Gaming Malaysia Di Universiti Sunway