Menu
in , , ,

Mencari Game RPG Mobile Yang Santai Dan Comel? Pra-Daftar Guardian Tales Sekarang

Guardian Tales merupakan sebuah game mobile bergenre action-adventure RPG yang boleh dikatakan sesuai untuk korang yang ingin bermain secara santai di telefon pintar masing-masing.

Melalui rekaan grafik yang pixelated, ia pastinya akan membawa korang mengingat kembali kepada game-game retro yang pernah dimainkan sewaktu kecil dahulu. Menampilkan pelbagai puzzle yang menarik, Guardian Tales juga menyajikan lebih daripada 50 karakter yang comel.

Kisah yang akan dibawakan ke dalam game ini ialah pemain akan bermain sebagai seorang Knight yang akan perlu melindungi Little Princess daripada cengkaman Invaders serta menyatukan beberapa hero daripada pelbagai dunia. Setiap dunia itu mempunyai persekitaran dan puzzle yang berlainan.

Kakao Games dan Kong Studios telah mengumumkan bahawa pra-pendaftaran untuk Guardian Tales telahpun bermula sekarang. Buat masa ini, korang sudah boleh mula pra-daftar di Google Play Store.

Apabila ia dilancarkan sepenuhnya kelak, korang akan boleh mainkannya di kedua-dua Android dan iOS.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version