in , , , , ,

Menangi Tiket Ke Paris Untuk Kejohanan FIFA Continental Cup – Kelayakan Bermula Di Rumah Secara Online!

Sony telah mengumumkan satu peluang eksklusif istimewa untuk para pemain FIFA 19 yang bermain di PS4.

Pada 26 hingga 28 Oktober ini di Paris Games Week, Sony dan EA Sports akan mengadakan FIFA Continental Cup 2018. Apa yang paling menarik ialah pusingan kelayakan akan dibahagikan kepada beberapa rantau — yang mana ia akan boleh dimainkan sahaja dari rumah secara online!

Untuk rantau Asia, ia akan berlangsung dari 6 hingga 13 Oktober ini. Negara-negara yang terlibat dalam rantau Asia ini ialah Hong Kong, Korea, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

Apa yang korang perlu buat untuk memasuki pusingan kelayakan ini ialah buka FIFA 19 korang di PS4, dan cari bahagian “Events”. Di situ, mereka akan terangkan apakah peraturan dan bagaimana untuk menyertai kejohanan ini.

Seorang pemenang pusingan kelayakan peringkat rantau Asia ini akan diterbangkan ke acara kemuncak Continental Cup yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini di Paris, Perancis — bertanding dengan 31 lagi pemain terbaik FIFA 19 dari seluruh dunia.

Lebih menguntungkan, Continental Cup ini merupakan salah satu daripada FIFA 19 Global Series, sebuah kejohanan rasmi yang dianjurkan oleh EA Sports sendiri. Mata yang dikumpul dalam Continental Cup akan digunakan untuk mencerahkan lagi peluang untuk ke FIFA 19 Global Series Playoffs, seterusnya memenangi wang tunai dan menonton perlawanan akhir UEFA Champions League di Madrid, Sepanyol.

Jadi, jangan cerita banyak. Mulakan latihan korang dari sekarang dan siap sedia untuk sertai pusingan kelayakan peringkat Asia bermula 6 Oktober ini!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Video Game Harry Potter Akan Datang! Open-World, Combat System, Customisation Dan Macam-Macam Lagi!

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Oktober 2018