in , , ,

Memperkenalkan Police Sentri – Game ‘Kejar-Kejar’ Dari Pembangun Malaysia Untuk PC Dan Android

Kalau korang kata tak pernah main dan nyanyi “polis sentri one two jaga, polis mati, pencuri jaga” sewaktu kecil dahulu, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan zaman kanak-kanak korang.

Kini, kembalikan nostalgia bermain kejar-kejar ini dalam satu game yang dibangunkan oleh studio tempatan. Berjudul Police Sentri yang dibikin oleh Studio Kamii, ia merupakan sebuah game yang korang boleh jangkakan bagaimana gameplay-nya.

Pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan iaitu polis dan pencuri. Objektif polis adalah untuk mengejar dan menangkap pencuri untuk dimasukkan ke dalam penjara. Pencuri pula perlu melarikan diri dengan beg berisi duit, pas beg itu kepada rakan pencuri lain dan cuba juga untuk menyelamatkan rakan pencuri keluar dari penjara.

Police Sentri sudahpun dilancarkan dan korang boleh muat-turun secara percuma melalui pautan-pautan di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ghost of Tsushima Kini Game PS4 Kedua Paling Banyak Dihabiskan, Di Belakang Marvel’s Spider-Man

Saksikan 2 Trailer Terbaru Watch Dogs: Legion, Akan Dilancarkan Pada Oktober

Watch Dogs: Legion Boleh Dimainkan Secara Percuma Hujung Minggu Ini, Juga Diskaun 50%