in ,

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Pagi tadi, Sony, melalui Presiden dan CEO-nya, Jim Ryan, telah naik ke pentas CES 2020 untuk mendedahkan beberapa butiran terbaru tentang konsol generasi akan datang mereka, PlayStation 5.

Yang menjadi bualan ramai pada ketika ini ialah Sony buat pertama kalinya telah memperkenalkan logo PS5 secara rasmi. Tiada apa yang mengejutkan tentang logo ini kerana ia mengambil rekaan yang sama seperti PS3 dan PS4, dan menukarkan nombor di belakangnya sahaja. Lihat di bawah:

Selain itu, Sony turut mendedahkan beberapa fungsi hardware yang bakal disajikan dalam konsol itu nanti. Kebanyakan fungsi ini telahpun kita ketahui sebelum ini — iaitu bunyi audio 3D, haptics/adaptive triggers, SSD berkelajuan ultra, ray tracing berdasarkan hardware, dan sokongan Blu-ray UHD.

JomBaca: 6 Info & Perkembangan Terbaru Tentang PS5 – UI, Controller, Muat-Turun Pantas Dan Banyak Lagi

Setakat ini, mereka masih belum mahu mendedahkan butiran lain seperti reka bentuk fizikal, harga mahupun tarikh tepat pelancaran. Yang kita tahu buat masa ini hanyalah PS5 akan dilancarkan sekitar musim cuti hujung tahun 2020.

Ada juga khabar angin yang mengatakan Sony akan membuka pra-tempahan untuk PS5 pada Mac ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Halo Akan Keluar Untuk Nintendo Switch? Khabar Angin Ini Mungkin Susah Nak Percaya

Alienware Memperlihatkan 'Concept UFO' - Macam Nintendo Switch Tapi Main Game PC

Alienware Memperlihatkan ‘Concept UFO’ – Macam Nintendo Switch Tapi Main Game PC