Pernah tak korang mengimpikan sebuah game mobile yang menggabungkan genre battle royale dalam pertempuran mecha (robot)?

Tak usah bermimpi lagi kerana game ini boleh korang mainkan tidak lama lagi.

MekaRoyale Online merupakan sebuah game yang dicipta oleh Illogical Games, sebuah studio pembangun game yang dikendalikan oleh pembangun dari Malaysia secara solo. Beliau ialah Amarul Natenan.

Apa yang menarik tentang game ini? Game ini bergenrekan battle royale dengan menggunakan pandangan kamera top-down shooter. Perlawanan akan dimulakan dengan setiap pemain sebagai Pilot. Bertarung sehingga menjadi pemain terakhir yang kekal hidup, dan korang akan mendapat kredit. Yang kalah pula? Akan pulang dengan tangan kosong!

Kredit ini pemain boleh gunakan untuk upgrade MEKA masing-masing. Membuatkan game ini bertambah menarik, apabila korang kalah dalam mana-mana perlawanan, korang akan kehilangan segalanya, termasuklah MEKA yang telah di-upgrade itu. Dalam erti kata lain, korang harus sentiasa menang untuk mengekalkan MEKA korang.

Cerita panjang-panjang pun tak guna kalau tak cubanya sendiri, ya tak? MekaRoyale Online akan dilancarkan di iOS dan Android pada 22 Januari ini.

Korang boleh download game ini melalui iOS di sini, dan melalui Android di sini.

JomKomen!