in , , ,

Meka Hunters Kini Dilancarkan Ke Peranti Mobile – Game Yang Dibikin Pembangun Tempatan Secara Solo

Masih ingat game MekaRoyale yang pernah JomGaming kongsikan sebelum ini? Sebuah game yang bertemakan mecha serta ada sedikit elemen battle royale.

MekaRoyale itu kini dikenali sebagai Meka Hunters. Seperti pertukaran judulnya, game itu kini turut mendapatkan pelbagai pembaharuan yang lebih baik. Perbezaan paling ketara ialah kalau dalam MekaRoyale, pandangan yang dibawakan ialah top-down shooter, namun kali ini dalam Meka Hunters akan menampilkan pandangan third-person shooter.

Pemain akan mengawal MEKA yang boleh di-level-up seberapa tinggi sehinggalah ia berjaya ditumpaskan. Pemain akan mendapat upgrade secara rawak apabila level up dan boleh menjadi sangat berkuasa apabila tiba ke level yang tinggi. Pemain akan meninggalkan XP apabila mati, yang mana ia boleh dikutip oleh pemain lain.

Macam Battle Royale, Tapi Bukan

Bagaimana satu-satu perlawanan dalam game ini dimainkan mungkin kedengaran seperti battle royale, tapi ada sedikit kelainan. Kalau battle royale, objektifnya adalah untuk menjadi pemain terakhir yang hidup, tapi dalam Meka Hunters, pemain perlu mengumpulkan mata paling tinggi sehinggalah dia sendiri mati.

Perlawanan tidak akan menunggu pemain terakhir yang hidup, tapi sebaliknya seorang pemain baharu akan masuk ke dalam perlawanan tersebut setiap kali seorang pemain lain mati.

Dalam kata lain, perlawanan akan sentiasa penuh dengan bilangan pemain maksimum, iaitu seramai 12 pemain dalam satu-satu pusingan. Sekiranya tiada pemain sebenar yang masuk, bot akan masuk sebagai pengganti.

Kawalan Hanya Horizontal

Oleh sebab mahu menjadikan game ini sebuah game yang kasual untuk dimainkan, Illogical Games menampilkan kawalan menembak yang lebih mudah. Tidak seperti game shooter lain yang menggabungkan pergerakan tembakan vertikal dan horizontal, Meka Hunters hanya membawakan kawalan horizontal. Senang kata, pemain hanya perlu mengawal kiri dan kanan sahaja untuk menembak musuh — tiada kawalan pergerakan atas atau bawah.

Pembangunan Solo

Antara fakta menarik tentang game ini ialah ia dibangunkan oleh Illogical Games, studio yang dikendalikan oleh Amarul Natenan secara solo. Dalam kata lain, Meka Hunters dibikin oleh seorang pembangun sahaja.

Ketika bercakap kepada JomGaming, Amarul menyatakan ada beberapa konsep awal dalam MekaRoyale yang beliau rasa tidak sesuai untuk diteruskan, maka sebab itulah beliau membikin semula game ini dari kosong dan menukarnya menjadi Meka Hunters.

Antara pencapaian yang pernah dicapai Amarul ialah finalis dua tahun berturut-turut (2018, 2019) untuk SEA GAMES AWARD di Level Up KL, serta pernah memenangi IPCC dari MDEC.

Lebih menarik, pada hari ini, Meka Hunters turut mendapat perhatian Google apabila game ini telah ditampilkan di bahagian ‘New Releases’, ‘New and Updated Collection’ dan ‘Indie Corner’.

Meka Hunters telahpun dilancarkan di peranti mobile pada 31 Mac lalu, dan korang boleh dapat di Android di sini, dan iOS di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends Bawakan Event Khas Bertemakan Bloodhound, Dapatkan Item Eksklusif Menarik

Video Gameplay Terbaru The Last of Us 2 Tertiris – Pemain Boleh Kawal Ellie Memetik Gitar