Pernah bermimpi nak bela jerung tapi tak mampu? I got you, fam.

Pernah main Zoo Tycoon? Theme Hospital? Okay, sekarang bayangkan dua game itu tapi korang kena bela hidupan akuatik dalam akuarium dan bukannya haiwan darat mahupun manusia berpenyakit pelik. Statement macam inilah yang membuatkan kami di JomGaming tertarik untuk reviu Megaquarium.

Spoiler: Megaquarium lebih baik daripada kedua-dua game itu.

Antara Duit, Manusia & Ikan.

Megaquarium adalah satu “theme park tycoon” game yang dicipta hanya oleh seorang pembangun yang bernama Tim Wicksteed dari studionya Twiced Circled.  Dalam game ini, matlamat utama para pemain adalah membina sebuah empayar taman tema akuarium, kaut keuntungan dari pelawat- pelawat yang datang dan paling seronok sekali menjaga ikan-ikan yang dipamerkan di akuarium-akuarium tersebut.

Lebih 100 Spesis Hidupan Air Untuk Dipamerkan.

Korang boleh unlock ikan-ikan yang lain melalui kajian yang dijalankan. Setiap kajian memerlukan mata reputation yang korang boleh dapat daripada para pengunjung yang menikmati pemandangan akuarium korang. Setiap ikan memberi mata reputation yang berbeza; makin tinggi mata reputation yang ikan itu beri, makin susah nak dijaga.

Batu karang, hidupan laut dalam, macam – macam ada

Sediakan Tempat Tinggal Yang Sesuai Untuk Ikan.

Perancangan yang terperinci diperlukan dalam menyediakan tempat tinggal untuk rakan akuatik kita ini, khususnya semasa late game. Makanan, kualiti air, suhu akuarium, pencahayaan, malah perhiasaan akuarium juga perlu diambil berat jika korang tak mahu ikan-ikan korang mati atau pertumbuhan mereka terbantut.

Plan dan design taman tema korang ikut kreativiti masing-masing.

Rekrut Staf Yang Sesuai Untuk Kerja Yang Sesuai.

Rekrut staf mengikut kepakaran yang diperlukan. Staf akan bantu korang dalam kerja-kerja penyelengaraan peralatan, bagi ikan makan setiap hari dan kerja-kerja pembersihan. Korang perlu fikir masak-masak sebelum rekrut untuk mengelakkan daripada pembaziran. Gaji staf perlu dibayar secara harian (bestnya!).

10/10 ambil staf ini

Hiasi Taman Tema Dengan Hiasan-Hiasan Menarik.

Di dalam Megaquarium, korang berpeluang menghiasi taman tema mengikut citarasa sendiri. Perhiasan bukan setakat untuk kosmetik semata-mata, ada juga perhiasan seperti bangku, gerai makanan dan minuman, tandas dan kedai cenderahati yang dapat mengekalkan mood para pengunjung supaya lepak lebih lama di dalam taman tema disamping dapat $$$.

Pelbagai dekorasi & perhiasan untuk korang gayakan :3

Luas Taman Tema Yang Tiada Had.

Kalau korang perasan, taman tema korang seolah-olah ada di dalam dimensi yang lain dan ada ruangan void di luar dinding taman tema korang. Sebenarnya korang boleh besarkan taman tema korang sebesar mana yang korang nak sama ada menegak atau mendatar.

10 Level Campaign Dan Mod Sandbox.

Kalau korang main Megaquarium kali pertama, adalah sangat-sangat digalakkan main campaign dulu sebelum terjun ke dalam mod sandbox. Campaign Megaquarium akan menerangkan mekanik dan tips-tips yang berguna secara mendalam untuk main Megaquarium.

Mod First Person View 

Korang boleh berjalan-jalan di dalam taman tema korang sendiri dalam mod first person view dan lihat sendiri ikan-ikan berenang di dalam aquarium dengan zoom in semaksimum yang boleh.

Kesimpulannya – BOLEH BELII atau BOLEH BLAH?

Game Untuk Orang Yang Mencari Ketenangan.

Kali pertama main game ini, penulis berpendapat Megaquarium dicipta untuk memberi ketenangan kepada pemain. Dengan berlatarbelakangkan alunan muzik yang ceria, gameplay yang perlahan dan tiada penalti (cuma ikan aje yang mati) atau ‘Game Over’ jika pemain gagal mencapai objektif menyokong lagi andaian penulis. Jadi, Megaquarium adalah sesuai untuk gamers di luar sana yang ingin berehat dari bermain game kompetitif atau orang yang ingin menghilangkan stres setelah seharian bekerja.

U.I Yang Kemas.

Bagi penulis, sebuah game simulation perlu menekankan design HUD (Head-up Display) berbanding genre game yang lain dan Megaquarium cemerlang di dalam aspek ini. Megaquarium mengunakan ruang skrin dengan bijak untuk memaparkan informasi-informasi yang penting dan padat untuk para pemain semak sebelum membuat keputusan.

Tutorial Yang Bebas & Keluasan Taman Tema Yang Tiada Terhad.

Megaquarium mengetengahkan idea-idea yang bernas seperti 10 level campaign yang menerangkan mekanik dan strategi Megaquarium secara mendalam. Tidak seperti tipikal tutorial game yang biasa yang bosan, campaign Megaquarium memberi peluang para pemain bebas melakukan aktiviti-aktiviti yang lain dan akan mara ke stage yang seterusnya selepas objektif dapat diselesaikan.

Kurang Mencabar & End game content Yang repetitive dan membosankan.

Selepas 8-10 jam main Megaquarium, penulis sudah mula berasa jemu. Mungkin tidak mencabar, atau kurangnya end game content. Kita semua sedia maklum yang Megaquarium dibangunkan hanya dengan seorang pembangun sahaja. Walau bagaimanapun, Tim Wicksteed, berjanji akan membawa lebih banyak content dan mod yang mencabar untuk para peminat.

BOLEH BELI kalau korang main game untuk menghilangkan stres, memang pecinta ikan dan simulation game ala-ala Zoo Tycoon.

BOLEH BLAH kalau korang sukakan cabaran dan main game secara kompetitif

+ Simulation game yang beri ketenangan kepada pemain
+ campaign/tutorial yang tak membosankan & keluasan taman tema yang tiada had

Kurang mencabar & end game content yang repetitif dan membosankan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.