in , ,

Megadimension Neptunia VII: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sesi yang ditunggu-tunggu oleh semua pembaca-pembaca JomGaming ini, iaitu segmen Boleh Beli or Boleh Blah!? Kali ini kitorang review Megadimension Neptunia VII!

Ini adalah review pertama daripada penulis – please be gentle. Korang sudah bersedia untuk melihat konsol mana yang berkuasa sekarang ni? Hehe, jom kita terjah ke dalam dunia Megadimension Neptunia ini.

Megadimension Neptunia VII_20160204231449

Nepu nepu shi yo. Yep, Nep Nep bersama kawan-kawannya yang serba kiut miut ini kembali lagi dengan pengembaraan dimensi baru di pelantar Sony Playstation 4. Ini adalah francais pertama Neptunia di konsol next-gen. Francais ini bermula di pelantar Playstation 3 dimana siri ini tidak memberi impak kepada penggemar RPG berunsur moe ini.

Tetapi francais ini tidak mengalah dengan dengan mengeluarkan sekuel, re-make, dan beberapa spin-offs dalam siri tersebut. So, apa tunggu lagi, jom kita tengok apa yang ada dekat Megadimension Neptunia VII ini – semuanya akan terungkap dalam review ini.

Megadimension Neptunia VII_20160205001447

So, cerita dia macam mana, Nep Nep?

Ceritanya adalah macam ni. Seperti biasa setiap nation dikawal oleh seorang Goddess. Ada empat nation berada di Gamindustri, iaitu Planeptune, Lastation, Lowee, dan Leanbox.

Kalau perhatikan di sini, sebenarnya Goddess dan Nation dalam permainan ini sebenarnya adalah berdasarkan dari dunia sebenar dalam industri permainan video. Protagonis Neptune adalah berdasarkan dari konsol Sega Neptune dan adalah Goddess nation Planeptune. Noire adalah berdasarkan dari konsol Playstation 3 dan adalah Goddess nation Lastation. Blanc adalah berdasarkan dari konsol Nintendo Wii dan adalah Goddess nation Lowee. Dan akhir sekali, Vert adalah berdasarkan dari Xbox 360 dan adalah Goddess nation Leanbox.

Dalam situasi yang tidak dijangka, ada kelahiran baru berlaku di setiap nation, iaitu CPU Candidates. Di Planeptune, akan lahirnya Nepgear, adik kepada Neptune. Di Lastation, lahirnya Uni, adik kepada Noire. Di Lowee pulak, ada kembar Rom dan Ram dan adik kepada Blanc. Di Leanbox ada Chika Hakozaki. Nepgear adalah berdasarkan konsol Sega Game Gear, Uni adalah berdasarkan konsol Sony Playstation Portable, manakala Rom dan Ram adalah berdasarkan Nintendo DS. Chika Hakozaki tidak berdasarkan dimana-mana konsole dan digantikan sebagai ‘adik’ betul Vert kerana dalam dunia nyata, tiada konsol handheld dikeluarkan oleh Microsoft.

Setiap Goddess akan berlawan masing-masing untuk melihat nation siapa berkuasa dalam dunia Gamindustri beserta menghalang dari ancaman yang tidak dikenali seperti hacking dan piracy, seperti dalam situasi dalam dunia nyata.

Megadimension Neptunia VII adalah sambungan dari Hyperdimension Neptunia Victory (PS3) / Re;Birth3 V Generations (PS Vita remake) dimana game tersebut ada memberi klu dalam ‘true ending’ yang akhirnya akan terungkap pada VII ini. Nep, kawan-kawannya dan nation kini menghadapi masalah besar (selalu macam ni, biasalah Nep).

Dalam VII, Nep dan kawan-kawannya terjumpa satu klu dimana Nep dan kawan-kawannya perlu berinteraksi dengan Goddess dari 3 dimensi yang berlainan untuk mencari punca kenapa nation diorang tidak menjadi seperti dahulu. Ada mengatakan ancaman yang tidak dikenali itu adalah Goddess dan musuh dari dimensi lain untuk merubah dunia Gamindustri ini. Nak tau dengan lebih selanjutnya? Semuanya akan terungkap dalam Nep VII ni.

Megadimension Neptunia VII_20160205005038

Jap jap jap, ada Goddess baru? Siapa tuh?

Ya, dalam VII, ada Goddess baru yang ditemui Nep dan kawan-kawannya semasa pengembaraan mereka. Memperkenalkan Uzume Tennouboshi (diinspirasikan dari konsol Sega Dreamcast), seorang Goddess yang ingin membina nation beliau selepas diserang oleh puak yang tidak dikenali.

Tetapi malangnya, apabila bertemu dengan Nep dan adiknya, Nepgear (diinspirasikan dari konsol Sega Game Gear) personaliti si Uzume ni berubah dan kadang-kadang beliau tidak mempedulikan misi asalnya!

Megadimension Neptunia VII_20160205003543

Apa yang kureng dalam Nep Nep VII ini?

Ofkos ada. Setiap permainan video dalam dunia ini mesti akan ada cacat-cela punya lah. Secara jujurnya, penulis masih tidak menghabiskan permainan ini dalam masa yang singkat kerana permainan ini boleh dikira panjang dan seperti siri-siri sebelum ini, setiap perbuatan anda dalam VII akan mempengaruhi Ending dalam permainan ini.

Bercakap pasal kenapa ianya panjang, well, penulis ada benda yang ingin disampaikan tentang ini. Kekurangan utama dalam Nep VII adalah dari segi levelling karakter dan enemy placement yang tidak konsisten . Pada permulaan, penulis senang je belasah semua enemy yang menghalang perjalanan penulis.

Tetapi ada satu masa, ada satu level dan enemy yang boleh dikatakan ‘overpowered’, menyebabkan penulis terpaksa grind beberapa level dan duit untuk membeli weapon dan armor. Ok itu perkara biasa, tetapi, selepas dari level itu pulak, ianya terus menjadi kacang pulak. Jalan, jumpa, klik, BAM, abis. Nampak kan ke-tidak-konsisten-nya disitu?

Megadimension Neptunia VII_20160205014649

Ermm abang, servis-kipas ada tak dalam Neptunia ni?

Semestinya lah. Servis-kipas dalam siri tidak juga dilupakan. Dan kerana VII kini dimainkan di pelantar Sony Playstation 4, so, semua scene servis-kipas adalah dalam 1080p 60fps – tidak seperti siri-siri sebelum ini, Neptunia VII adalah episod pertama dalam siri ini yang membuat sedemikian. So, korang bolehla melayan servis-kipas ini dengan penuh HD 1080p dengan pergerakan smooth 60fps.

Megadimension Neptunia VII_20160206111009

Jalan cerita sudah, servis kipas sudah, amacam dengan sistem pertempuran?

Seperti biasa, permainan video bergenre RPG Jepun mempunyai sistem pertempuran yang unik dalam permainan mereka masing-masing. Dalam Nep Nep VII ini, pemain akan bermain dalam format ‘turn-based’, sama dengan Final Fantasy X. Siapa yang akan mulakan serangan dulu adalah bergantung kepada karakter mana yang mempunyai stat yang tinggi dalam segi kelajuan.

Seperti biasa ianya ada Attack, Defend, Use Skill, Command dan Escape. Pemain akan bergerak satu karakter dalam radius yang ditetapkan oleh stat diorang (setengah karakter boleh gerak lagi jauh, dan sebaliknya), dan akan membentuk posisi untuk menyerang musuh tersebut. Posisi serangan juga bergantung kepada karakter dan senjata yang diorang pakai. Ada yang boleh serang jauh, boleh serang jarak luas, ada yang berbentuk kon, dsb.

Skill pula menggunakan SP, manakala sesetengah karakter boleh berubah menjadi ‘CPU Form’ untuk menjadikan karakter tersebut lagi kuat bahkan lagi mengancam. Yang menarik perhatian disini, lagu tema masa pertempuran ini saling berganti. Sebagai contoh, jika ada seorang party member mati, lagu sedih dan panik akan dipasang, untuk memberitahu kepada pemain supaya peka dengan sekeliling permainan itu, contohnya menyelamatkan member tersebut.

Megadimension Neptunia VII_20160207005733

Bapak besar, yang ini apa pulak?

Dalam Neptunia VII ini, ada situasi dimana pemain akan berlawan dengan musuh yang tingginya macam KLCC. Dalam mod ini, ada sedikit perbezaan dalam sistem pertempuran, dimana pemain perlu peka juga dengan dimana ‘field’ itu berada. Dalam pertempuran ini ada 6 (atau lebih, bergantung pada situasi) ‘field’ karakter akan duduk, setiap serangan akan dikira berdasarkan pada ‘field’.

Contohnya, kalau satu party duduk di satu ‘field’ tu je, semua serangan akan kena pada party member tu. Ada suatu ketika enemy akan membuat serangan untuk menghancurkan ‘field’ tu untuk menghalang pemain mengakses ‘field’ tersebut. Bergantung pada situasi, adalah digalakkan pemain perlu peka dengan ‘field’ yang karakter duduk kerana ianya mempengaruhi strategi kepada pemain tersebut.

Pemain boleh bergerak dengan lagi meluas, dan boleh melompat ke ‘field’ lain untuk membuat serangan padu ataupun menjauhkan diri untuk tidak duduk sekali dan menarik perhatian / mengelirukan musuh tersebut. Dalam mod ini juga pemain tidak boleh melakukan serangan dengan cara biasa, sebaliknya hanya boleh menggunakan ‘Skill’ dan item sahaja.

Megadimension Neptunia VII_20160209230805

Errr, ini karakter baru dalam Nep ni ke?

Yep. dalam Nep VII ini, pemain akan bertemu B-Sha, C-Sha, K-Sha dan S-Sha. Setiap karakter ini sebenarnya mencerminkan syarikat permainan video di dunia nyata.

B-Sha adalah berdasarkan dari syarikat Bandai Namco, C-Sha adalah Capcom, K-Sha adalah Konami dan S-Sha adalah Square Enix. Setiap personaliti karakter ini adalah berasaskan stereotaip dari permainan mereka. Ada yang jenis macho, kiut, ikemen-look, erotik (oppps, ter-spoil), dan macam-macam lagi!

Megadimension Neptunia VII_20160210003252

So amacam? Best ke game ni? Boleh Beli or Boleh Blah!?

Penulis sudah pun membuat sesi playthrough permainan ini melalui streaming, So, para pembaca boleh melihat permainan ini macam mana;

Video di atasa adalah salah satu daripada beberapa streaming yang telah penulis lakukan. Kalau korang nak tengok sesi streaming yang lain, ini adalah channel streaming penulis: Planeptunia Sama

Penulis ingin memberi sedikit recommendation sebelum korang cuba permainan ini dahulu. Pertama, korang suka permainan video bergenre JRPG? Korang suka dengan permainan yang penuh dengan kipas-servis? Korang boleh bermain dengan game ala-ala kiut miut ini? Anda seorang otaku?

Jika jawapan korang adalah ‘Ya’ bagi setiap soalan di atas, Megadimension Neptunia VII adalah game yang sesuai untuk korang. Jika, Tidak, tak payahlah korang membeli game ini.

BOLEH BLAH! – Jika anda tidak berminat dengan RPG genre Jepun. Peminat JRPG diatas dunia ini boleh dikatakan niche dan ianya tidak memberi impak yang besar kepada pengguna lain. Ia juga tidak sesuai untuk pemain yang tidak suka dengan benda-benda ‘kipas servis’ dalam permainan video.

BOLEH BELI! – Jika anda adalah peminat siri ini, sejak dari zaman PS3 dan PS Vita. Bagi penulis, Neptunia VII adalah versi definitif dalam siri ini dan ianya adalah yang terbaik. Permainan ini juga sesuai untuk bagi orang yang ingin baru mencuba dengan siri Neptunia ini, walaupun anda mungkin banyak benda terlepas apabila anda terus bermain permainan ini, sebab ada referens yang datang dari siri sebelumnya. Yang paling MESTI BELI game ini adalah orang yang suka dengan ‘kipas servis’ beserta referens tentang permainan video, dan penulis cakap, ianya banyak.

 Banyak kipas-servis yang mungkin merimaskan sesetengah pihak.
 Level difficulty yang tidak konsisten.
 Perlu level-grinding pada beberapa bahagian.

+ Servis-kipas yang menarik.
+ Banyak reference tentang permainan video, yang pasti menghiburkan para gamers, terutama sekali dengan orang yang memang peka dengan isu permainan video industri.
+ Siri Neptunia yang paling definitif.
+ Musik yang menarik mood.
+ Karakter yang kiut-miut.
+ Pelbagai aktiviti yang korang buat, akan mempengaruhi ending dalam permainan ini.
+ Mod dan customisation yang menarik.

Written by Kaiz Amari-Tai

Dilahirkan menjadi gamer tegar. Guest-writer JomGaming ini berminat dengan semua benda berkaitan videogames. Ingin menjadi streamer untuk menunjukkan betapa pengaruhnya videogames dalam hidup. AAA atau indies, janji videogames.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4: Boleh Beli Or Boleh Blah?

The Division: Saiz Game Penuh Versi Digital Dah Leaked!