in , , , , , ,

Mega Man 11 Akan Hadir Pada Tahun 2018 Dan Siri Mega Man X Akan Dikeluarkan Semula

Capcom mendedahkan pengembaraan dan cabaran terbaru Mega Man selepas lapan tahun menyepi.

Mega Man 11 didedahkan melalui trailer yang sangat nostalgia. Sebuah game aksi 2D platformer, tapi dihasilkan dalam bentuk seni reka bentuk yang lebih baru dan tidak lagi mengikuti reka bentuk NES seperti Mega Man 9 dan 10. Ia kelihatan cantik dan akan hadir ke PS4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch.

Trailer ini memaparkan beberapa babak pertempuran boss dan gameplay dan juga kuasa salah satu boss yang boleh digunakan yang mana membenarkan Mega Man untuk menyerang musuh dengan menjatuhkan blok-blok dari atas udara terus kepada mereka.

Trailer ini didedahkan semasa siaran langsung Twitch CapcommunityΒ 

Capcom juga mengumumkan dua koleksi Mega Man Legacy, menghimpunkan Mega Man 1-6 dan 7-10, akan hadir ke Switch. Ia akan menampilkan ciri amiibo sama seperti versi 3DS. Koleksi pertama akan menerima fungsi ‘rewind’ di mana koleksi kedua yang dilancarkan mempunyai fungsi ini (kesemua versi lain akan menerima fungsi ini melalui patch).

https://twitter.com/MegaMan/status/937764981767991297

Apa yang bestnya, kesemua siri Mega Man X akan dikeluarkan semula untuk sistem-sistem moden.

Mega Man 11 akan dikeluarkan pada tahun 2018. Jadi peminat Mega Man perlu bersabar untuk menantikan kemunculannya.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran God of War Tertiris Di PlayStation Store Amerika Utara

PUBG Tidak Akan Menambah Kandungan Loot Box Yang Boleh Memberi Kesan Kepada Gameplay