in , ,

Mega Man 1 – 6 Bakal Hadir Ke iOS dan Android!

Capcom mengumumkan game-game Mega Man 1 hingga 6 bakal hadir ke iOS dan Android Januari ini!

Kemaskini: Mega Man sudah boleh dapati untuk iOS dan Android sekarang dengan harga RM9.49 setiap satu.

Selepas kejayaan Super Mario Run, nampaknya Capcom turut ingin mencuba membawa Mega Man ke gajet pintar korang tak lama lagi.

Mega Man 1 – 6 yang baru diterbitkan sebagai Mega Man Legacy Collection bagi PS4, Xbox One pada Ogos 2015 dan di 3DS pada Februari 2016 – akan diterbitkan bagi platform iOS dan Android pula.

  • Mega Man® Mobile – Dr. Wily mesti dihentikan di dalam game action platformer klasik, Mega Man!
  • Mega Man® 2 Mobile– Dr. Wily muncul kembali. Hanya Mega Man yang dapat menangani beliau!
  • Mega Man® 3 Mobile – Menentang musuh-musuh robotik di planet-planet asing! Mega Man perlu ke angkasa lepas bagi cabaran ini!
  • Mega Man® 4 Mobile – Setahun selepas peperangan di angkasa lepas, muncul pula musuh baru – Dr. Cossack.
  • Mega Man® 5 Mobile – Robot-robot mengamuk di bandaraya. Apakah kaitannya dengan Proto Man? Hanya Mega Man dapat menyelesaikan masalah ini.
  • Mega Man® 6 Mobile -Global Robot Alliance dibentuk, tetapi kemanan baru ini terancam dengan kehadiran Mr. X!

Capcom telah menjelaskan bahawa edisi mobile ini bukanlah edisi Legacy Collection, tetapi ianya akan mempunyai game-game yang sama. Daftarkan diri korang untuk maklumat apabila game ini diterbitkan di iOS dan Android di SINI.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kelajuan GPU Nintendo Switch Dilaporkan 40% Lebih Perlahan Apabila Diangkat Dari Dock

Street Fighter 5 Season 2 Bermula Besok! Akuma Dan Ragequitters Jadi Tumpuan!