in ,

Meet Me At NooN: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Kadang-kadang ia memerlukan waktu yang sesuai dan tepat untuk berjumpa. Itulah yang cuba dilakukan oleh dua jam pasir yang terpisah antara dua waktu berbeza yang mahu bersama kembali.

Meet Me at NooN merupakan sebuah game puzzle dan strategi yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Pandaroo Interactive untuk platform PC.

Manipulasi masa untuk berjumpa

Dalam Meet Me at NooN, pemain akan mengawal dua buah jam pasir yang terpisah. Mereka terpisah di dua waktu berbeza, satu di siang dan satu lagi di malam. Objektif utama pemain adalah untuk memastikan dua jam pasir berjumpa pada lokasi yang ditetapkan dan pada waktu yang tepat.

Tapi untuk mencapai objektif tersebut, pemain perlu memasang strategi pergerakan dua jam pasir dengan betul. Ini kerana dua jam pasir itu mempunyai beberapa pergerakan yang terhad.

Di setiap level, akan ada dua simbol iaitu siang dan malam. Di sini pemain perlu meletakkan dua jam pasir pada tempatnya, jadi pemain perlu merancang pergerakan.

Namun, untuk menyelesaikan puzzle tersebut, pemain akan mengawal jam pasir siang dahulu dan kemudian jam pasir malam. Apa yang menariknya, semasa pemain mengawal jam pasir seperti biasa, satu lagi jam pasir akan begerak secara ke belakang seperti dalam filem Tenet.

Jadi pemain perlu padankan pergerakan jam pasir yang dikawal dengan jam pasir yang bergerak secara songsang. Penulis boleh katakan di sesetengah level, puzzle boleh jadi mencabar sampaikan penulis perlu ambil masa untuk berfikir.

Walaupun pada visual dan muziknya nampak tenang sahaja, gameplay kadangkala boleh jadi stress. Tapi ia merupakan cabaran yang bagus untuk menguji minda.

Pemain yang berjaya menyelesaikan level akan diberikan bintang biru. Terdapat dua bintang, bintang biru dan bintang kuning. Bintang biru digunakan untuk unlock bab, manakala bintang kuning digunakan untuk lompat ke mana-mana bab untuk unlock. Tapi untuk mendapatkannya lebih susah.

Dari segi luaran dan kawalan pada game ini, nampak seperti pembangun terlepas peluang untuk keluarkan Meet Me at NooN untuk platform mobile. Mungkin akan datang mereka akan keluarkannya?

Warna kuning dan biru yang menguasai skrin

Visual yang digunakan dalam Meet Me at NooN hanyalah ringkas dan sedap mata memandang. Mengetengahkan warna biru dan kuning sebagai tumpuan utama dan mewakili waktu siang dan malam.

Walaupun terdapat perubahan pada level platform, penulis juga mengharapkan ada perubahan pada visual latar belakang kerana sepanjang masa ianya adalah pasir yang bergerak berulang-ulang.

Muzik yang tenang dan stress dalam masa yang sama

Muzik dalam Meet Me at NooN menggunakan rentak yang mendatar dan tenang. Ini untuk membolehkan pemain mengambil masa berfikir sambil mendengar rentak lagunya.

Tapi rentaknya berulang-ulang boleh membuatkan pemain boleh berasa stress dalam masa yang sama. Tapi dari segi kepelbagaian muzik yang berbeza tidak banyak dalam game ini dan ia sedikit mengecewakan.

Kalau korang minat game yang tenang dan stress dalam masa yang sama dengan keupayaan mengawal masa, korang boleh dapatkan Meet Me at Noon di Steam.

+ Puzzle yang mencabar
+ Visual yang ringkas
+ Muzik yang bagus

– Tidak ada di platform mobile
– Tiada variasi dari segi pilihan muzik

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Umum Jenama Produk Gaming “INZONE”, Fokus Untuk Gamer PC Tapi Warna Sama Macam PS5

Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun

Sony Taja Kejohanan Rasmi Valorant, Tapi Masih Belum Dilancarkan Untuk PlayStation