Menurut kajian baru yang telah dilakukan oleh para pengkaji di Hospital Sainte-Justine di Montreal, Kanada, media sosial mempunyai hubungan dengan peningkatan simptom-simptom depresi dalam kalangan remaja terutamanya.

Patricia Conrod yang mengetuai pasukan pengkaji menyiasat hubung kait antara depresi dengan pendedahan masa skrin yang berlebihan terhadap para remaja selama empat tahun berturut-turut.

Sepanjang mereka melakukan kajian beberapa kali, mereka mendapati media sosial memberi kesan yang lebih besar terhadap para remaja dari mana-mana kesan lain untuk masa skrin bagi beberapa jenis bentuk media digital lain.

Pasukan pengkaji telah melakukan kajian tersebut kepada lebih dari 3,800 anak-anak muda dari tahun 2012 sehingga 2018. Kesemuanya dari gred 7 sehingga gred 11 dari 31 buah sekolah di Montreal.

Setiap remaja akan melaporkan berapa jam dalam seminggu mereka menggunakan media sosial (Facebook dan Instagram), bermain video game dan menonton televisyen. Hasilnya, Conrod dan pasukannya menjumpai peningkatan simptom-simptom depresi apabila para remaja menggunakan media sosial dan menonton televisyen.

Kajian itu juga turut mendapati bahawa menggunakan media sosial secara berlebihan boleh mendatangkan bahaya dari mana-mana bentuk jenis media digital lain.

Conrod dan rakan sekerjanya, Elroy Boers berkata media sosial seperti Instagram boleh meningkatkan simptom-simptom depresi di mana para remaja lebih cenderung untuk melakukan perbandingan di antara hidup mereka dengan hidup orang-orang lain melalui gambar-gambar yang diposkan di media sosial.

Ia telah menyebabkan para remaja terdedah untuk menggalakkan perbandingan kehidupan sosial dan ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada mereka contohnya seperti kurang keyakinan diri.

Apa yang mengejutkan adalah penemuan pasukan pengkaji mendapati masa yang dihabiskan untuk bermain video games tidak menyebabkan depresi. Kajian itu mengatakan kebanyakan gamers tidak hidup bersendirian tanpa ada sebarang komunikasi dari dunia luar. Lebih daripada 70 peratus para gamers bermain dengan orang lain menerusi atas talian atau bersama-sama dengan rakan.

“Ia merupakan penemuan yang sangat mengejutkan bagi kami semua. Video games boleh menggembirakan orang ramai,” kata Boers.

Kajian itu telah diterbitkan di JAMA Pediatrics, sebuah journal yang diterbitkan oleh America Medical Association.

Sumber: CBC

JomKomen!