in , , , ,

Media Prima Umum Sebagai Penyiar Rasmi ESL One Genting, Akan Disiarkan Di NTV7 Dan tonton!

Media Prima mula membuka langkah mereka dalam kancah eSports negara.

Media Prima telah mengumumkan bahawa portal online video streaming, tonton, dan saluran televisyen percuma, NTV7 telah dipilih sebagai penyiar rasmi untuk ESL One Genting. Acara eSports bertaraf antarabangsa ini akan dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 hingga 8 Januari 2017.

Para peminat DotA 2 akan menikmati live streaming peringkat separuh akhir (6 dan 7 Januari) dan Grand Finals (8 Januari) di tonton.com.my dalam High Definition (HD) secara percuma. Manakala, di NTV7, ia akan menyiarkan Grand Finals bermula pukul 6 petang pada 8 Januari.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Airin Zainul, Group General Manager untuk NTV7, 8TV dan tonton berkata, “Kami berasa sungguh terhormat untuk diberikan keistimewaan membawakan eSports kepada masyarakat Malaysia buat pertama kali, dengan kegilaan DotA 2 sedang mendapat populariti yang cukup hebat dalam kalangan gamers di Malaysia.”

“Malah, ini adalah platform dan peluang terbaik untuk semua peminat DotA 2 yang tidak dapat menghadirkan diri ke Genting Highlands bagi menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi,” tambah beliau lagi.

ESL One Genting akan diadakan pada 6 hingga 8 Januari ini – menampilkan 8 pasukan DotA 2 terbaik dunia berentap di Arena of Stars, Genting Highlands. Hadiah yang bakal menjadi rebutan adalah USD250,000.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Malaysia Kini Memiliki 1.8 Juta Peminat eSports, Asia Tenggara Rantau Paling Pesat Berkembang

Jom Dotarians Sekalian! Viewing Party ESL One Genting Akan Diadakan Di Berjaya Times Square!