in , , ,

Media Game Di China Censor Winnie The Pooh Dalam Kingdom Hearts 3 ~ uWu

Wow.

Website video game China A9VG telah memadam Winnie the Pooh dari artikel Kingdom Hearts 3 baru-baru ini. Censorship ini dilihat berkaitan sensitiviti Xi Jinping, Presiden China terhadap perbandingan beliau dengan karakter tersebut. Isu ini turut mengakibatkan karakter Winnie the Pooh di-censor di platform social media di China.

Penulis tertarik dan teringat akan satu artikel. Tahukah korang dalam satu jurnal dari Canadian Medical Association, mereka telah cuba mengklasifikasikan setiap karakter dalam cerita Winnie the Pooh itu sebagai satu bentuk gangguan mental?

Dalam artikel tersebut, mereka menyatakan bahawa Winnie the Pooh, si beruang comel menghidap attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) – satu keadaan yang menunjukkan simptom di mana seseorang tidak dapat memberikan perhatian penuh (inattentiveness), suka mengikut gerak hati/impulsif (impulsive) dan terlampau aktif/hiperaktif (hyperactive).

Tidaklah pula penulis nak kata Presiden China menghidap ADHD. Sekadar berkongsi pengetahuan am tentang kajian mental dan kaitan kecilnya dengan dunia Winnie the Pooh.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nexplay Umumkan Tajaan Untuk Pasukan Arena of Valor Dari Malaysia, TeamRida eSports

Snapdragon 8150 Lebih Hebat Daripada Kirin 980 Dan Apple A12 Bionic!