in , , , ,

Mavericks: Proving Grounds – Game Shooter Battle Royale Sehingga 1000 Orang!

Babai PUBG. Babai Fortnite. Persaingan sebegini lah yang akan memajukan pembangunan genre Battle Royale!

Semalam di pentas PC Gaming Show E3 2018,Automaton Games telah mengumumkan game Battle Royale mereka – Mavericks Proving Grounds.

Ada beberapa ciri game ini yang buat penulis kagum. Betul ke bohong? Hanya masa dapat menentukan. Automaton Games berkata, Mavericks: Proving Grounds memjanjikan benda-benda berikut:

  • 1000 orang pemain pada satu masa!
  • Skuad 5 orang untuk lebih taktik berkumpulan
  • Ada social hub untuk korang bergaya tayang baju, items dan bersosial kumpul kawan
  • Misi singleplayer turut disertakan
  • Map pulau bersaiz 16km x 16km
  • Persekitaran lanskap berbeza dari kawasan bersalji, hutan terbakar etc
  • Sistem pencahayaan, perjalanan waktu realtime serta cuaca dinamik
  • Keupayaan untuk mengesan tapak kaki ataupun darah daripada pemain yang cedera
  • Penggunaan item seperti med pack akan meninggalkan sampah yang boleh dikesan pemain lain
  • Kemusnahan ala Battlefield di mana dinding, bangunan, pokok, persekitaran semuanya kelihatan seperti boleh dimusnahkan.
  • Nak paksa camper keluar dari hutan? Bakor aje! Api akan merebak dan membakar hutan!
  • Pasangkan jerangkap samar dan trap seperti claymore dan C4
  • Progression system – kumpul  sprays, naikkan rank, unlock items dan macam-macam lagi!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Neo Cab: Jadi Pemandu Uber/Grab Di Dunia Masa Depan Penuh Misteri!

Saksikan 10 Trailer & Pengumuman Square Enix E3 2018 Yang Pendek Tetapi Padat!