in ,

Mata Wang Ringgit Malaysia Kini Dilancarkan Di Epic Games Store

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Epic Games melancarkan satu ciri yang dingini ramai pemain tempatan.

Epic Games Store kini telah memaparkan semua pembelian dalam Ringgit (MYR) untuk pengguna di Malaysia.

Sejak dilancarkan pada Disember 2018, inilah ciri yang diminta sejak hari pertama kerana pemain Malaysia terpaksa membeli kandungan di platform itu menggunakan Dolar Amerika.

Kini, melalui pelancaran mata wang Ringgit, ia akan memudahkan pemain PC tempatan untuk membuat perbandingan harga dengan apa yang ada di Steam, seterusnya menjadi pesaing yang lebih seimbang kepada platform Valve itu.

Sekitar Ogos 2020 lalu, Epic Games Store telahpun menyokong bank-bank tempatan sebagai salah satu kaedah pembayaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Umumkan PlayStation Plus Video Pass, Kandungan Tambahan Filem/Siri TV, Dalam Percubaan Di Poland

PlayStation Bekerjasama Dengan Bekas Pembangun Destiny Untuk Game Online Multiplayer Eksklusif Baru