Siri PES sememangnya terkenal dengan game-nya yang “tidak lengkap” dengan ketiadaan lesen untuk kelab-kelab ternama. Namun, dengan memiliki komuniti yang sangat menyokong, pelbagai cara telah dilakukan Konami bagi memudahkan para pemain menikmati jersi dan logo yang “rasmi”.

Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami telah mengulas panjang bagaimana pada tahun ini, PES 2020 membawakan nama-nama kelab dan jersi yang tidaklah terlalu menyakitkan mata, serta lebih mudah untuk dikenali kelab-kelab tersebut berbanding tahun-tahun sebelum ini. Walau bagaimanapun, memasukkan patch dan menukar logo dan jersi yang sebenar pastinya lebih menyejukkan hati.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Konami bekerjasama dengan Sony untuk memudahkan para pemain PES memasukkan patch-patch ini ke dalam konsol PS4, dan dalam artikel inilah kami akan tunjukkan macam mana caranya. Untuk platform PC, caranya adalah berlainan sedikit. Manakala untuk platform Xbox One, tiada patch yang boleh dimasukkan.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok macam mana nak masukkan patch ke dalam PES 2020 di PlayStation 4:

1. Muat turun Patch. (Link disediakan di bawah)
2. Extract folder yang telah dimuat-turun itu. Jangan ubah apa-apa terhadap fail-fail yang terdapat dalam Patch tersebut.
3. Sediakan satu USB drive yang menggunakan format FAT32. PS4 tidak akan membaca USB drive yang menggunakan format lain.
4. Create satu folder yang bernama WEPES di dalam USB drive tersebut.
5. Masukkan kesemua Patch yang telah dimuat-turun tersebut ke dalam folder WEPES itu.
6. Cucuk USB drive itu ke PS4.
7. Buka PES 2020. Di menu utama > Settings > Edit > Import/Export > Import Team > Klik USB drive yang telah korang cucuk ke PS4.
8. Klik “SELECT ALL FILES” untuk tick semua kotak yang ada, dan tick pula kedua-dua “Overwriting image files of the same name” DAN “Apply player and squad data”.

Biar ia import kesemua fail. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada berapa banyak kelab yang korang import.

Selepas ia siap loading, nikmatilah suasana PES 2020 dengan jersi dan logo yang lebih kemas!

Link Untuk Patch

Terdapat pelbagai sumber patch yang korang boleh dapatkan di Internet. Kami telah memilih patch yang disediakan oleh PES World. Klik link ini, kemudian, pilihlah mana-mana kelab dari liga masing-masing yang ingin korang dapatkan patch-nya. Seperti biasa, pada awal pelancaran, pastinya belum banyak lagi senarai kelab yang mereka telah sediakan. Jadi, harap korang bersabar sementara mereka sedang usahakan.

Apa juga patch yang dipilih dari mana-mana laman web, ia menggunakan langkah-langkah yang sama seperti kami tunjukkan di atas.

Logo & Nama Untuk Liga

Langkah-langkah di atas adalah untuk menukar jersi dan logo untuk kelab-kelab. Untuk menukar nama dan logo liga-liga (Premier League, La Liga, dll) pula, ia sebenarnya sama sahaja.

Cumanya, di langkah no. 7 di atas, jangan klik “Import Team”, sebaliknya klik “Import Competition”.

Untuk dapatkan patch liga-liga itu pula, di laman web PES World turut ada menyediakan link untuk memuat-turun patch Competition.

Selamat mencuba! Kalau korang dah berjaya masukkan, kongsikan screenshot di ruangan komen!

1 komen

JomKomen!