Nampaknya EA begitu yakin dengan keluaran terbaru dari studio BioWare ini!
Terdapat beberapa info menarik dalam sesi persidangan kewangan Electronic Arts(EA) yang berlangsung baru-baru ini. Antaranya ialah, Mass Effect: Andromeda dijangka akan berjaya mengumpul jualan sebanyak 6 juta unit sepanjang tempoh penjualannya.
Apa yang lebih menarik, EA menjangkakan sekitar 30 hingga 50 peratus daripada nilai tersebut akan berjaya diperolehi pada 3 bulan pertama dari tarikh penerbitan Mass Effect: Andromeda.
Pada kebiasaannya perkara sebegini tidak dibincangkan secara terbuka oleh pihak EA, barangkali mereka yakin bahawa siri terbaru Mass Effect ini bakal menerima sambutan hangat.
Ikuti 2 trailer terbaru untuk Mass Effect: Andromeda yang memaparkan pelbagai info tentang krew Pathfinder serta kejadian selepas kejadian dalam trilogi asal Mass Effect.
Mass Effect: Andromeda bakal diterbitkan pada 21 Mac untuk PC, PS4, dan Xbox One.
Comments
Loading…