in , , , , ,

Mass Effect: Andromeda : Boleh Beli or Boleh Blah!?

Bersendirian di galaksi Andromeda, survival manusia bergantung kepada Pathfinder.

Terus terang saya katakan bahawa saya orang yang paling layak untuk review game ni. Kenapa? Pertama, saya pernah main game Mass Effect sebelum ini iaitu Mass Effect 1 dan Mass Effect 2. Mass Effect 3 saya tak main dan rasa macam taknak main pon lepas baca ending dia yang agak hambar. Saya cuma main demo dia je.

Kedua, saya peminat genre sains fiksyen. Game kali ni memang ditunggu-tunggu sejak Bioware lancarkan Mass Effect pertama pada tahun 2007.

Ketiga, saya meminati genre RPG. Sebenarnya saya ada love-hate relationship dengan genre ini. On one hand, game jenis ni beri kebebasan untuk customize karakter kita dan juga olah jalan penceritaan. On the other hand, saya akan rase overwhelm dengan pilihan yang diberikan sampaikan saya habiskan terlalu banyak masa customize karakter (nak pilih nama pun satu hal gak) dan di skrin menu untuk agihkan skill points (Skill semua best2 belaka tak tahu nak pilih mana untuk konsentret).

Apa kisah dalam siri terbaru Mass Effect kali ni?

Timeline Mass Effect: Andromeda berlaku di penghujung Mass Effect 2. Andromeda Initiative adalah projek yang melibatkan pengembaraan 4 Spesis utama ke galaksi Andromeda dengan menaiki Ark masing-masing selama 600 tahun. Initiatif ini bertujuan untuk menghantar ahli saintis, peneroka dan colonist memulakan hidup baru di sana. Seorang Pathfinder dilantik dari setiap Ark yang menggalas tanggungjawab menerokai planet-planet yang berpotensi untuk didiami dan membuat first contact dengan alien lain. Alec Ryder adalah Pathfinder mewakili Ark manusia dan dia adalah bapa kepada pasangan kembar Sarah dan Scott Ryder.

Jom bikin karakter kita sendiri!

Seperti game RPG yang lain, perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja pemain mulakan game adalah untuk memilih karakter sama ada Sara atau Scott Ryder. Anda boleh teruskan dengan default character yang diberi atau anda boleh memilih untuk customize rambut dan raut wajah Ryder dan memberikan nama pertama yang tersendiri.

Guys…meet Amelia Ryder. Baru bangun tido dah buat muka sengal. Speaking of muka sengal…

Dengar cerita animasi Mass Effect: Andromeda teruk! Biar betul?

Animasi karakter, khususnya facial expression di dalam game ni telah dikritik hebat kurang seminggu sebelum game dilancarkan. Sepanjang saya bermain, ekspresi muka Ryder dan beberapa NPC memang tak boleh blah. Mata Ryder yang terbeliak dan muka NPC yang takde expression ketika berinteraksi adalah amat ketara.

Saya berpeluang install patch 1.05 yang dikatakan telah mengemaskini visual terutama di bahagian mata karakter. Namun perubahannya sangat subtle; saya perasan mata Ryder kerap berkelip banding sebelum ini dan biji matanya bergerak-gerak sedikit, itu sahaja. BioWare telah pun mengumumkan bahawa mereka akan tambahbaik animasi ini dari masa ke semasa, sesuatu di luar kebiasaan game development. Sekurang-kurangnya animasi semasa ekplorasi dan combat adalah lebih baik.

Ntah ape la yang difikirkan

OK, bagaimana pula dengan gameplay-nya?

Andromeda masih dengan konsep gameplay sebelum ini iaitu cover-based shooter yang menggunakan perspektif kamera over the shoulder. Ianya sangat intense bila digabungkan dengan kuasa biotic (bayangkan force power dari Star Wars). Kemudahan jetpack bukan sahaja membantu Ryder semasa section platforming, ia amat berkesan membuat serangan di udara di mana Ryder boleh menembak dan hover seketika. Disamping itu jetpack membolehkan Ryder membuat aksi sprint-dodge untuk mengelak serangan musuh. Jetpack ni membuatkan game Mass Effect kali ni lebih action oriented dan membuka ruang kepada ekplorasi dan pertempuran yang lebih bermakna.

Pemain dan 2 team-mate pilihan akan banyak membuat mission di permukaan planet yang sangat luas. Nasib baik Ryder tidak perlu menapak jauh; kenderaan pacuan 6 roda yang dipanggil Nomad akan membawa anda ke destinasi dengan cepat. Seronok juga mengawal Nomad di terrain yang beralun-alun. Nomad mempunyai mode cengkaman yang membolehkan ia menaiki bukit yang cerun tanpa masalah. Daripada Nomad juga Ryder boleh deploy mine probe untuk menggali bahan galian.

Better ambil karakter perempuan jika anda akan menghabiskan banyak masa dari view belakang macam ni. Haa yang ni animation dia molek

Kutipan bahan galian dan aktiviti scanning teknologi alien dan hidupan liar semasa Ryder sedang membuat mission akan menjana point yang boleh dibelanjakan untuk research armor, senjata dan mod baru berdasarkan blueprint yang Ryder perolehi. Selepas research barulah Ryder boleh develop armor, senjata dan mod tersebut. Ianya agak mengelirukan pada mulanya, tambah lagi user interface menu dia yang tidak friendly. Secara keseluruhan saya merasakan ekonomi game ni lebih mirip kepada gaya game handphone yang sangat-sangat streamline (which is not a bad thing) dimana setiap resource sangat limited dan memerlukan masa bermain yang agak lama untuk unlock barang best.

Mini game dan RPG macam seperti tidak boleh dipisahkan. Mungkin mini game ni bersifat tenang dan memberikan pemain ruang untuk berfikir sejenak. Mini game kali ini adalah jenis puzzle Sudoku. Simbol alien menggantikan nombor. Oh goody! Boleh je skip asalkan ada key dia.

Dah puas lenjan single-player? Jom layan multiplayer pula!

Ok yang ini agak menarik. Saya suka konsep multiplayer ni disatukan dengan mode single player. Sebagai Pathfinder, Ryder diberi kawalan ke atas APEX Strike Team. Ryder boleh mengarahkan pasukan untuk membuat mission sendiri dimana keberkesanan pasukan tersebut akan menentukan peratusan kejayaan sesebuah mission. Pemain boleh main sendiri mission tersebut untuk mendapatkan habuan yang lebih banyak dan bahagian inilah yang dikatakan mode Multiplayer Online nya.

Pemain akan wujudkan karakter khas untuk mode ini dan level up karakter tersebut. Multiplayer adalah bersifat Player Versus Environment (PVE) di mana pemain dan pemain lain akan berganding bahu melawan musuh AI yang muncul secara berkala/wave. APEX Strike Team ini boleh diakses melalui terminal komputer di atas kapal angkasa anda iaitu Tempest.

Seiring dengan genre RPG, haruslah menggunakan terma loot kannn

Keputusan – Boleh Beli or Boleh Blah!?

BOLEH BELI  – Peminat Mass Effect tu bolehlah beli. Bagaimana dengan animasi dia yang sub-par tu? Ala macam tak biasa je main game RPG yang top-top di mana animasi dia lebih kurang aje. Lihat Fallout 4 sebagai contoh. Yang penting gameplay dia ngam, jalan! Pemain baru yang inginkan kelainan tetapi dalam environment yang familiar pun boleh try. Basically kalau suka cover-based shooter tu ok la.

Saya sangat teruja sebenarnya dapat bermain siri Mass Effect yang baru ni. Apabila berjumpa kembali alien Asari, Salarian, Turian dan Krogan, perasaannya sama seperti berjumpa dengan kawan lama. Alien baru dalam Andromeda ni cuma dua sahaja iaitu Kett dan Angara dan tidaklah memberi emotional impact seperti sebelum ni. Apa yang membuat saya tertarik untuk bermain adalah ekspedisi ke planet-planet yang belum diterokai oleh umat manusia sejagat. Saya juga suka direction game kali ni di mana pertaruhan dia adalah sederhana yang memerlukan pemain mencari penempatan baru untuk manusia berbanding dengan ancaman Reapers dalam trilogi Mass Effect sebelum ini dimana pertaruhan dia tersangatlah tinggi.

Walaupun saya tidak sempat habiskan game untuk review kali ni, saya merasakan setakat yang saya main tu adalah cukup dan memenuhi vertical slice yang menyentuh kesemua aspek apa yang game ni ingin persembahkan. Pun masih baru berkenalan dengan Suvi Anwar, juruterbang Tempest. Fuh slang Scottish dia tebal dan sangat cute. Saya bajet akan meneruskan kisah Ryder pada masa akan datang. Pada masa tu juga harap-haraplah animation dia pun dah polish.

BOLEH BLAH  – Game ni tidak sesuai untuk pemain yang tidak meminati langsung genre sains fiksyen dan ekplorasi di angkasa lepas bagai. Juga yang tidak meminati genre RPG yang memberikan anda kebebasan membuat pilihan yang sangat banyak, lebih dari apa yang pemain boleh handle.

+ Pengembaraan angkasa yang menyeronokkan!
+ Gameplay combat yang sangat intense dan penuh strategik
+ Jetpack elemen baru pergerakan yang berguna dan praktikal
+ Mode multiplayer online yang integrate secara natural ke dalam single player

 Pilihan dialog yang simplistik & kadang kala tidak serasi dengan apa yang Ryder katakan
 Sountrack yang tidak memorable seperti game Mass Effect sebelum ini
 Animasi muka Ryder & NPC yang menjengkelkan

Settlement manusia pertama di planet Eos.
Menu Skills
Bertemu spesis alien baru, Angara
Di atas kapal angkasa Tempest

[su_box title=”Ingin Bermain Mass Effect: Andromeda?” box_color=”#ff0000″] Korang boleh ke NaGaming Studio, pusat gaming PS4 dan eSports di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Review unit Mass Effect: Andromeda ini ditaja oleh NaGaming Studio. [/su_box]

Written by Yussuf Youze

Pernah terlibat sebagai game tester dan programmer di dalam industri game. Kini menulis artikel secara sambilan di JomGaming.

Seorang gamer yang meminati pelbagai genre. Termasuklah game point and click dan puzzle-solving. Go-to game adalah FPS dan racing.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Menjelang Pendedahan Star Wars Battlefront II Malam Ini, EA Keluarkan Teaser Trailer Secara Rasmi

CS:GO Akan Dilancarkan Di China, Menggunakan Enjin Source 2, Operations Baru Akan Datang!