Dengan lambakan game battle royale yang ada di pasaran sekarang, sesetengah pemain sudah mula bosan dengan genre ini.
Tapi, apa kata kalau kita cuba sedikit kelainan — battle royale dengan latar belakang zaman koboi.
Sebuah game baharu telah diumumkan, berjudul Grit. Seperti kebiasaan battle royale, Grit akan membawakan 100 pemain dalam satu pusingan untuk menjadi yang terakhir hidup dalam dunia wild-wild-west yang penuh dengan padang pasir, senjata api lama, tunggangan kuda, pekan-pekan kecil dan segalanya berkaitan koboi.
Grit kini berada dalam sesi percubaan beta di Steam dan korang boleh mainkannya secara percuma.