in ,

Masih Keliru Dengan Timeline Jalan Cerita The Witcher Netflix? Fahamkan Melalui Infografik Ini

The Witcher di Netflix merupakan siri tv yang menyampaikan jalan cerita dengan sangat unik.

Bukan sahaja tiga wataknya utama diceritakan di lokasi berbeza sebelum perjalanan hidup mereka bertemu, malah turut memperlihatkan mereka pada zaman/susur masa (timeline) berbeza — yang berlangsung selama beberapa dekad.

Ramai yang agak keliru apabila siri ini menggunakan cara penyampaian jalan cerita seumpama ini. Walau bagaimanapun, usah bimbang lagi kerana Netflix telah mengeluarkan infografik rasmi yang menjelaskan apakah peristiwa yang berlaku dan bilakah peristiwa tersebut terjadi dalam kalangan ketiga-tiga watak utama — iaitu Geralt, Yen dan Ciri. Maka para penonton boleh mengetahui kronologi setiap peristiwa yang berlaku walaupun siri ini tidak menyatakan secara terang-terangan semasa menonton.

Korang boleh lihat dan fahamkan di bawah (hati-hati kerana ianya terdapat spoiler!):

Kesemua lapan episod musim pertama The Witcher kini boleh ditonton di Netflix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Nintendo Switch Lancarkan Stylus Rasmi - Lebih Mudah Gunakan Touchscreen

Nintendo Switch Lancarkan Stylus Rasmi – Lebih Mudah Gunakan Touchscreen

2 Pemain PES 2020 Bawa Nama Malaysia Ke Grand Final AESF e-Masters Di Chengdu, China

2 Pemain PES 2020 Bawa Nama Malaysia Ke Grand Final AESF e-Masters Di Chengdu, China