in , , ,

Masih Ingat Dino Crisis? Ini Mungkin Pengganti Yang Kita Cari Selama Ini

Siri game Dino Crisis boleh kita kategorikan sebagai sebuah siri legenda yang cukup popular semasa era PlayStation pertama dan PlayStation 2. Membawakan gameplay shooter melawan dinosaur, ia sememangnya satu game yang ke hadapan pada zamannya.

Tiada sebarang berita mahupun khabar angin yang mengatakan Capcom akan mengembalikan siri Dino Crisis, walau bagaimanapun kita mungkin akan dapat mengubat rindu tidak lama lagi.

Walaupun bukan dari Capcom, Hashbane Interactive telah mengumumkan Instinction, sebuah game yang mempunyai aura pengganti (spiritual successor) kepada Dino Crisis.

Beberapa screenshot dan sebuah trailer acah telah diperlihatkan, memaparkan dunia dan dinosaur yang ada dalam game ini, serta menunjukkan yang game ini adalah first-person shooter.

Di samping itu, Instinction juga akan membawakan sebuah game yang bersifat aksi-adventure yang memfokuskan kepada penceritaan, turut mempunyai elemen survival seram. Bukan sahaja sebuah game single-player, malah turut membawakan gameplay co-op.

Tiada tarikh tepat diletakkan lagi tapi mereka mengatakan ia dijadualkan akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2022 untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC.

Terima kasih, PurePlayStation.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Mobile Star Wars Baru Dari Zynga Akan Dilancarkan Tahun Ini, Tapi Masih Tiada Info Diketahui

Apex Legends Akan Bertukar Ke Map Baru, Bersedia Untuk Bertempur Di Atas Kereta Api Bergerak

Respawn Entertaiment, Tencent Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Apex Legends Mobile