in ,

Masanya Untuk Mencuba Demo Gravity Rush 2 Pula!

Dah selesai demo NieR: Automata? Jom kita cuba demo Gravity Rush 2!

Sony telah mengumumkan demo untuk Gravity Rush 2 sudah boleh didapati untuk dimuat-turun melalui PSN Store Amerika. Demo ini akan mempunyai 2 bahagian dimana untuk bagi mereka yang baru untuk siri ini dan sebuah lagi untuk mereka yang sudah mengenali sistem dalam siri Gravity Rush.

Siri anime untuk Gravity Rush juga akan diterbitkan pada 26 Disember nanti khas untuk peminat-peminat siri tersebut dan bakal boleh ditonton melalui channel YouTube bagi PlayStation.

Saksikan aksi gameplay Gravity Rush 2 beserta temubual bersama developer yang telah dikongsi oleh PlayStation Japan baru-baru ini.

Gravity Rush 2 bakal diterbitkan pada 20 Januari manakala DLC The Ark of Time – Raven’s Choice yang percuma masih lagi dalam proses penyiapan dijadualkan untuk menemui peminat pada bulan Mac nanti.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lihat Senarai GOTY PlayStation Untuk 2016 Yang Dipilih Pelbagai Developer Seluruh Dunia

Game-Game Terbaik 2016 Pilihan Penulis-Penulis JomGaming