Dalam sidang media Ubisoft di E3 2018 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi, Ubisoft Singapore telah memperlihatkan gameplay baru untuk game pertempuran laut akan datang, Skull & Bones.
Pada kali ini, mereka memperkenalkan kepada kita dengan mode PvE baru, digelar Hunting Grounds. Ia memfokuskan kepada pertempuran menentang kapal perang Portugis di Lautan Hindi serta bagaimana korang boleh mengatur serangan bersama rakan-rakan.
Selain itu, mereka turut memperlihatkan apakah customizations yang boleh dilakukan kepada kapal korang. Kosmetik keseluruhan kapal, meriam, roda kemudi kapal adalah antara banyak aspek yang boleh diubahsuai — yang mana setiap daripada mempunyai abiliti berbeza yang akan memberi kesan kepada permainan kapal korang.
Korang boleh tonton di bawah:
Di samping itu, Ubisoft turut memperlihatkan trailer sinematik yang menampilkan babak yang semestinya memukau:
Skull & Bones akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One sekitar April 2019.
Comments
Loading…