in , ,

Mary Jane Dalam Spider-Man PS4 Akan Dibintangi Pelakon Suara Dari Uncharted, Final Fantasy

Siapa MJ?

Laura Bailey telah diumumkan sebagai pelakon suara untuk watak Mary Jane dalam Marvel’s Spider-Man yang akan dikeluarkan secara eksklusif untuk PS4.

Berita ini diumumkan oleh pengarah kreatif Insomniac Games, Bryan Intihar melalui laman Twitter peribadi beliau.

Antara penampilan lakonan suara Laura Bailey yang paling dikenali dalam industri video game adalah watak yang dibawa beliau dalam Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy sebagai Nadine Ross, serta dalam siri Final Fantasy XIII sebagai Serah Farron.

Selain game Spider-Man ini, Bailey juga bakal tampil dalam satu lagi game eksklusif daripada Sony yang sangat dinantikan ramai, iaitu The Last of Us Part II. Apa yang lebih menarik adalah watak yang bakal beliau bawa dalam game yang dibangunkan Naughty Dog ini ialah wanita misteri yang muncul dalam trailer Paris Games Week 2017.

Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 pada 7 September ini nanti.

JomBaca: Marvel’s Spider-Man: Penjahat Misteri Yang Muncul Dalam Trailer E3 2018 Mungkin Telah Didedahkan

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES 2019: Tarikh Keluar Versi Demo Diumumkan, Turut Bawakan Perlawanan Online Dan Offline

Konami Umumkan PES 2019 Edisi Liverpool FC, Inter Milan Dan Monaco