in , ,

Marvel’s Wolverine Diumumkan, Dibangunkan Oleh Insomniac Games Untuk PS5

Ini merupakan kejutan terbesar yang didedahkan semasa PlayStation Showcase 2021 yang berlangsung awal pagi tadi kerana kita tidak mendengar sebarang khabar angin mengenainya.

Dengan kerjasama Marvel Games dan PlayStation, Marvel’s Wolverine telah diumumkan, sebuah game yang sedang dibangunkan oleh Insomniac Games.

Berita ini diumumkan melalui satu teaser trailer sinematik pendek berdurasi 53 saat. Ia memaparkan suasana di sebuah bar yang telah berselerak. Seseorang telah bangun dengan memegang pisau untuk menikam Wolverine yang sedang minum di kaunter bar, yang mana Wolverine kemudiannya mengeluarkan kuku Adamantium bercabang tiganya.

Dalam kenyataan di PlayStation Blog, Insomniac berkata mereka sedang membangunkan game ini dengan menghormati DNA yang membuatkan karakter ini sungguh popular, dalam masa sama melihat peluang untuk membikinnya dengan segar dan menggambarkan semangat Insomniac.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang tarikh pelancaran didedahkan.

Marvel’s Wolverine sedang dibangunkan hanya untuk PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Judul Rasmi Disahkan, Ini Gameplay Pertama God of War Ragnarok – Kratos Dan Blade of Chaos

Marvel’s Spider-Man 2 Diumumkan – Peter Parker/Miles Morales Bergocoh Dengan Venom