in ,

Marvel’s Wolverine Adalah Game Bersaiz Penuh Dengan Kandungan Ton Dewasa, Kata Pengarah Kreatif

Peminat tegar karakter komik Wolverine sering kecewa dengan karya adaptasi watak ikonik itu — tidak kisahlah sama ada adaptasi ke filem mahupun ke video game.

Mereka sering berpendapat bahawa adaptasi Wolverine tidak menggambarkan kisah sebenar dari komik yang membawakan tema dewasa dan tidak cukup ‘dark’.

Kegusaran ini turut muncul apabila Insomniac Games mengumumkan semasa acara PlayStation Showcase 2021 yang mereka sedang membangunkan Marvel’s Wolverine. Walau bagaimanapun, pengarah kreatif untuk game itu, Brian Horton telah meredakan kebimbangan para peminat tegar Wolverine dengan menjawab satu pertanyaan yang agak menarik.

Seorang peminat telah bertanya di Twitter apakah Marvel’s Wolverine merupakan sebuah game bersaiz penuh atau hanya bersaiz ‘kandungan tambahan’ seakan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.

Horton telah menjawab bahawa Marvel’s Wolverine merupakan sebuah game bersaiz penuh, sambil menambah yang game itu akan membawakan ton atau tema dewasa.

Ini pastinya menggembirakan ramai peminat tegar karakter komik Wolverine, yang mana watak itu sememangnya penuh dengan kisah dan latar belakang dewasa yang penuh kegelapan, berbeza dengan adaptasi filem yang lebih kepada tontonan umum.

Marvel’s Wolverine masih berada dalam fasa awal pembangunan, eksklusif untuk PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tiada Trilogi, God of War Ragnarok Adalah Yang Terakhir Dalam Saga Mitos Norse

God of War Dan Banyak Lagi Game PlayStation Dilaporkan Akan Hadir Ke PC Selepas Pangkalan Data GeForce Now Tertiris