in , , ,

Marvel’s Spider-Man Remastered Mantapkan Lagi Kualiti Dengan Ciri-Ciri Ini Di PC

Marvel’s Spider-Man dari pembangun Insomniac Games akan mengeluarkan versi remastered untuk PC pada 13 Ogos 2022.

Dengan kerjasama dari Nixxes Software, versi remastered di PC akan menampilkan beberapa ciri pada bahagian grafik antaranya:

  • Pantulan ray-tracing dipertingkatkan dalam game. Pantulannya juga mempunyai tahap kualiti yang berbeza. Mode ray-tracing yang lagi tinggi kualitinya akan memberikan bandar New York lebih hidup dan terperinci.
  • NVIDIA DLSS (Deep Learning Super Sampling) meningkatkan prestasi grafik dengan menggunakan prosesor Tensor Core AI yang ada dalam GeForce RTX GPU. Menaikkan lagi tahap frame rates dan kualiti gambar.
  • Dari segi resolusi, terdapat pelbagai jenis pilih aspek ratio skrin yang disediakan. Ultrawide 21:9, panoramic 32:9, dan jika korang ada 3 monitor, game ini menyokong NVIDIA Surround multi-monitor.
  • Sistem-sistem rendering lain yang disediakan adalah lebih kepada pengubahsuaian yang sudah ada dalam versi terdahulu, dengan tambahan tahap kualiti dan pilihan-pilihan algorithmic. Ini termasuklah SSAO, texture filtering, kualiti LoD, bayang-bayang dan banyak lagi. Sokongan windowed, full screen dan mode khas rendering full screen turut ada.

Bukan itu sahaja, Marvel’s Spider-Man juga akan menyokong DualSense controller dan mouse dan keyboard. Setiapnya akan ada pilihan pengubahsuaian masing-masing. Sama juga kepada sesiapa yang bermain di Steam dan menggunakan sokongan Steam Input.

Walaupun nampak seperti semua keperluan spesifikasi grafik dalam game ini tinggi. Pembangun juga memastikan bahawa Marvel’s Spider-Man boleh dimainkan pada PC lama yang menepati spesifikasi.

Bagi mereka yang mahu terus pre-order Marvel’s Spider-Man di PC, korang akan dapat ganjaran tambahan seperti:

  • Tiga sut Spider-Man terawal yang boleh di-unlock iaitu sut tech-heavy Iron Spidey, sut one-of-a-kind Spider-Punk dan sut asal Velocity.
  • Gajet kombat Spider-Drone yang boleh di-unlock awal
  • 5 skill points tambahan untuk dibelanjakan dalam Spidey upgrades

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Batalkan 4 Game Termasuk Ghost Recon Frontline, Tunda Pelancaran Avatar: Frontiers Of Pandora

Kami Dah Cuba FIFA 23, Ini Pandang Pertama – Mekanik Pertahanan Lebih Puas, Grafik Biasa-Biasa