in , ,

Marvel’s Spider-Man Remastered Di PS5 Bawakan Wajah Baru Peter Parker, Ramai Peminat Tak Puas Hati

Insomniac Games telah mengumumkan bahawa Marvel’s Spider-Man Remastered di PS5 akan memperkenalkan wajah baharu untuk watak Peter Parker.

Marvel’s Spider-Man Remastered Di PS5 Bawakan Wajah Baru, Ramai Peminat Tak Puas Hati

Menurut Insomniac, walaupun mereka suka dengan wajah John Bubniak dalam game asal di PS4, mereka mahu memadankan Peter Parker/Spider-Man dengan wajah pelakon suara untuk watak tersebut, iaitu Yuri Lowenthal. Maka, mereka telah menukar rakaman wajah kepada Ben Jordan.

Sekiranya mengikut penerangan mereka ini, wajah Peter Parker dalam versi remastered PS5 ini nanti akan berdasarkan wajah Ben Jordan. Namun, semua lapisan peminat pada ketika ini tidak dapat lari untuk mengatakan yang wajah tersebut kelihatan seperti Tom Holland — pelakon Peter Parker dalam filem-filem Spider-Man terbaharu. Korang boleh lihat sendiri dalam video di bawah:

Ruangan komen video di atas dipenuhi dengan ketidakpuasan hati para peminat yang musykil mengapa menukar wajah Peter Parker dari game asal. Mereka menyatakan yang tiada sebarang cacat cela dalam wajah asal, membuat andaian bahawa ini semua hanya untuk menampakkan watak dalam game sama seperti dalam filem yang dibintangi Tom Holland.

Malah video ini turut mendapat jumlah dislikes yang jauh lebih banyak berbanding likes.

Selain itu, Insomniac turut mendedahkan bahawa versi remastered yang akan dibawa ke PS5 ini merupakan satu penambahbaikan penuh untuk konsol generasi akan datang dengan aset-aset, teknologi, kemaskini baharu serta tiga suit baharu untuk Spider-Man.

Insomniac mengemaskini persekitaran bandar dengan model, bahan-bahan, pantulan ray-tracing dan bayang-bayang sekeliling yang ditambahbaik. Melalui penambahbaikan grafik ini, pemain akan dapat melihat pantulan di tingkap-tingkap bangunan, langit serta cuaca yang lebih baik.

Marvel’s Spider-Man versi remastered untuk PS5 tidak akan dijual secara berasingan, sebaliknya, satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan membeli Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition — yang mana edisi ini akan didatangkan bersama game pertama Marvel’s Spider-Man (remastered) dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.

Ia akan dilancarkan serentak dengan pelancaran PS5 pada 12 November ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Percuma PlayStation Plus Oktober 2020 - Need for Speed Payback Dan Vampyr

Game Percuma PlayStation Plus Oktober 2020 – Need for Speed Payback Dan Vampyr

Party Chat PS5-PS4 Dilaporkan Boleh Cross-Gen, 100 Pemain Dalam Party Sama