in ,

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Sebenarnya Game Sekuel Yang Baru Atau Hanya Expansion?

Ketika acara digital pertama PlayStation 5 bermula, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales menjadi antara game terawal yang didedahkan. Dalam trailer itu, ia hanya memaparkan babak sinematik, dan tiada sebarang penerangan lain.

Pada awalnya, kita semua semestinya menganggap bahawa ia merupakan sebuah game penuh baharu, atau sekuel yang dibangunkan khas untuk PS5 — iaitu sambungan kepada Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan pada 2018 untuk PS4.

Walau bagaimanapun, peminat sedikit terkejut apabila salah seorang wakil Sony, Simon Rutter dalam temuramah bersama Telegraph menyatakan yang Marvel’s Spider-Man: Miles Morales hanyalah sebuah expansion dan ianya lebih kepada sebuah penambahbaikan sahaja daripada game pertama itu.

Namun, setelah perbualan beliau itu menjadi hangat, Insomniac Games dengan pantas telah tampil untuk menjelaskan kekeliruan ini, dan menyatakan bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh wakil Sony itu. Dalam kenyataan Twitter yang dikeluarkan, Insomniac berkata:

“Marvel’s Spider-Man: Miles Morales ialah pengembaraan seterusnya dalam universe Marvel’s Spider-Man. Kami akan dedahkan lebih banyak tentang game standalone ini pada masa akan datang.”

https://twitter.com/insomniacgames/status/1271468232881422336

Kenyataan ini diulas lanjut oleh wartawan Bloomberg, Jason Schreier, dengan sekali lagi mengesahkan yang Marvel’s Spider-Man: Miles Morales sememangnya bukan expansion, penambahbaikan atau remaster. Malah beliau mengatakan yang ia juga bukanlah “Spider-Man 2”, tetapi sebuah game serba baharu, standalone yang boleh dikatakan sama seperti Uncharted: The Lost Legacy.

https://twitter.com/jasonschreier/status/1271468048017432577

Bagi yang tidak tahu, Uncharted: The Lost Legacy merupakan game yang dibangunkan Naughty Dog selepas Uncharted 4: A Thief’s End. Lost Legacy boleh dikatakan sebagai sambungan dan berada dalam universe yang sama dengan Uncharted 4, namun ia adalah sebuah game berbeza yang dipisahkan.

Maka, ianya sudah selesai. Jangan ribut-ribut. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales ialah sebuah game Spider-Man baharu untuk PS5.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran PS5 pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Baru Star Wars Diumumkan, Berjudul Squadrons, Trailer Pertama Isnin Ini

Dapatkan Hitman: Absolution percuma sekarang!