Marvel’s Spider-Man, game yang dibangunkan oleh Insomniac Games, kini adalah game eksklusif PS4 yang terpantas terjual dalam sejarah.
Dalam satu tweet yang dikeluarkan, akaun PlayStation mendedahkan yang game ini berjaya terjual melebihi 3.3 juta unit dalam masa hanya 3 hari pertamanya sahaja.
Marvel’s Spider-Man is setting records! It’s now the fastest-selling first-party PlayStation title, selling 3.3M+ in its first 3 days. Thanks to all the fans, and congrats to @InsomniacGames & @MarvelGames! #SpiderManPS4 pic.twitter.com/64SIZtdBqp
— PlayStation (@PlayStation) September 20, 2018
Menurut laporan USA Today pula, satu juta unit telah dipra-tempah sebelum game ini dilancarkan pada 7 September lalu — satu lagi rekod baru Sony yang telah dipecahkan.
Laporan itu turut membuat andaian, jika 3.3 juta unit ini dibeli dengan harga USD59.99, maka game ini telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD198 juta. Walau bagaimanapun, semestinya jumlah itu turut dibantu oleh jualan Collector’s Edition yang lebih mahal.
Kalau korang masih berkira-kira untuk mendapatkan Marvel’s Spider-Man ataupun tidak, korang boleh baca dulu reviu yang dikeluarkan oleh JomGaming — Marvel’s Spider-Man: Boleh Beli or Boleh Blah!?
Comments
Loading…