Tambah tolak, Marvel’s Spider-Man di PS4 akan dilancarkan dalam seminggu sahaja lagi.
Terbaru, pengarah komuniti Insomniac Games, James Stevenson telah beramah mesra bersama para pengikut di laman peribadi Twitternya untuk menjawab beberapa pertanyaan.
Antara info yang didedahkan beliau ialah game ini boleh dihabiskan kira-kira dalam masa 20 jam.
“Pemain pencuba (playtester) kami secara purata mengambil kira-kira 20 jam dalam difficulty default, tetapi ada beberapa pemain lain yang menghabiskan lebih lama jika mereka bermain lebih banyak side quest/aktiviti,” kata Stevenson.
our average play tester took around 20 hours on default difficulty, but some spent a lot longer if they did a ton of side quests/activities
— James Stevenson (@JamesStevenson) August 26, 2018
Kemudian, beliau turut mendedahkan ruang storan yang bakal memenuhi PS4 korang. Katanya, ia memerlukan sekurang-kurangnya 45GB, dan mungkin akan lebih tinggi daripada itu apabila terdapat patch tambahan dan lain-lain.
will try to have an answer on that soon, but 45 GB minimum, probably a bit more + patch and stuff
— James Stevenson (@JamesStevenson) August 26, 2018
Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan secara eksklusif di PS4 pada 7 September.
Comments
Loading…