in , ,

Marvel’s Spider-Man Dah Boleh Dimainkan Sepenuhnya; Memerlukan Beberapa Hari Untuk Habiskan

Insomniac Games sudah mengukuhkan sarang lelabah Spider-Man.

Studio ini mendedahkan bahawa fasa menguji game keluaran mereka seterusnya, Marvel’s Spider-Man berlangsung selama dua hari. Pengarah reka Marvel’s Spider-Man Brian Horton yang baru sahaja menyertai Insomniac Games berkongsi serba sedikit info tentang game open-world action-adventure Spider-Man ini melalui laman Twitter beliau.

Menurut kenyataan-kenyataan beliau di atas, Horton sudah bermain Marvel’s Spider-Man sebanyak tiga kali dan setiap playthrough mengambil masa beberapa hari untuk menghabiskan game ini.

Namun, ini bukan menandakan Marvel’s Spider-Man sudah tersedia lengkap sepenuhnya. Kebanyakan pembangun lebih suka menguji game mereka lengkap penuh dari segi jalan cerita tetapi tidak semestinya ujian game itu lengkap dari segi aset yang mungkin memerlukan lagi beberapa penambahbaikan.

Bukan setakat pengarah reka rasa seronok bermain Marvel’s Spider-Man, QA Tester Chris Sosnowski juga mengatakan sesi menguji game selama dua hari bersama semua orang di Insomniac Games amat menyeronokkan.

Anda mesti tertanya kenapa pengarah reka boleh main beberapa hari tapi QA Tester hanya main dua hari sahaja? Pada pendapat kami, mungkin sebab Horton baru sahaja sertai Insomniac Games sejak dari minggu ini justeru beliau sedang membiasakan diri dengan game yang beliau akan bangunkan bersama dengan pasukannya kelak nanti.

Marvel’s Spider-Man merupakan antara game paling dinantikan tahun ini. Anda boleh lihat pembangunan Marvel’s Spider-Man di sebalik tabir, menatap concept art dengan lebih dekat dan saksikan story trailer baru.

Marvel’s Spider-Man akan tiba pada tahun ini dan eksklusif untuk PS4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mampukah PC Korang Jadi Super Saiyan? Ini Adalah Keperluan Spesifikasi Untuk Dragon Ball FighterZ

Acer Perbaharui Laptop Gaming Nitro 5 Mereka Dengan AMD Ryzen™ Mobile – Laptop Gaming Mampu Milik?