Sengat sang lelabah semakin dirasai!

Seperti yang dijanjikan semalam, Insomniac Games baru sahaja mendedahkan pelbagai maklumat baru tentang game eksklusif PS4 akan datang, Marvel’s Spider-Man. Jadi, jom kita tengok apa yang telah dikongsikan mereka melalui temubual yang dibuat bersama Game Informer!

1. Tarikh Pelancaran

Marvel’s Spider-Man akan menemui para pemain di PS4 pada 7 September 2018. Ada lima bulan lagi sebelum ia dilancarkan – jadi, ada banyak masa lagi untuk menabung!

2. Screenshots Terbaru

Tiga keping screenshots telah didedahkan yang mana ia telah dikongsi melalui lama pra-tempah di PlayStation Store Amerika Utara. Melalui laman tersebut, ia mengatakan yang ia diambil daripada PS4 Pro.

Screenshots tersebut memaparkan aksi-aksi superhero ini menentang kejahatan serta mengambil selfie di sekitar banda Manhattan. Korang boleh lihatnya di bawah:

3. Suit Yang Boleh Di-Unlock

Marvel’s Spider-Man tidak akan membuatkan kita memakai suit yang sama sahaja sepanjang bermain game ini. Di sepanjang perjalanan Marvel’s Spider-Man, pemain boleh meng-unlock pelbagai suit yang setiap daripadanya mempunyai abilitinya yang tersendiri.

Malah, suit-suit ini juga dikatakan akan mempunyai sistem crafting – menambah keseronokan dalam dunia open-world ini. Antara suit yang berjaya dilihat oleh Game Informer di skrin menu semasa mencuba game ini ialah suit Noir (suit klasik era 1930-an) dan Wrestling Suit.

Game Informer mengatakan yang mereka melihat beberapa dozen suit di skrin itu, dan Insomniac pula mengatakan yang ia tidak memaparkan kesemua suit lagi.

4. Tiada Microtransactions

Bercakap soal suit-suit yang boleh di-unlock, perkara pertama yang terlintas dalam kepala pastinya persoalan tentang sama ada game ini mempunyai fungsi microtransactions ataupun tidak – apakah boleh membeli suit-suit ini dengan wang sebenar?

Sama sekali tidak. Insomniac telah mengesahkan bahawa game ini tidak mempunyai sebarang microtransactions. Apabila ditanyakan soalan tentang kemungkinan terdapat fungsi tersebut, pengarah kreatif, Brian Intihar berkata, “hell, no”.

5. 30fps Sahaja

Marvel’s Spider-Man akan dikunci pada 30fps sahaja di kedua-dua PS4 biasa dan PS4 Pro.

6. Open-World Yang Besar

Studio itu telah mengatakan yang open-world dalam game ini adalah ‘beberapa kali ganda lebih besar’ daripada Sunset Overdrive, game keluaran mereka yang eksklusif untuk Xbox.

7. Fungsi Fast Travel

Tidak sahlah kalau game open-world tanpa kehadiran fungsi fast travel. Dalam game ini, subway, iaitu sistem kereta api bawah tanah di bandar New York, akan digunakan sebagai fungsi fast travel.

8. Mary Jane Boleh Dimainkan

Insomniac mendedahkan yang mereka tidak memasukkan karakter-karakter ‘utama’ asal ke dalam game ini kerana mahu lebih fokus kepada Peter Parker/Spider-Man. Walau bagaimanapun, kekasihnya, Mary Jane akan dibawakan, dan malah boleh dimainkan.

Apakah akan ada karakter-karakter lain yang boleh dimainkan selain Mary Jane? Ia masih menjadi teka-teki.

9. Photo Mode

Sebagai sebuah game yang membawakan persekitaran dan dunia yang cantik, pastinya mereka mahu pemain merakamkan gambar-gambar yang menarik. Ia telah disahkan bahawa game ini akan mempunyai fungsi Photo Mode.

10. Orang Awam

Apabila menjelajah dalam dunia open world yang luas, pemain tidak boleh mencederakan orang awam. Tetapi apa yang pemain boleh lakukan bersama mereka adalah berinteraksi seperti mengambil selfie bersama serta memberikan high five.

11. Pelakon Di Sebalik Peter Parker

Yuri Lowenthal melalui laman Twitternya telah mendedahkan bahawa beliau sejak beberapa tahun lalu telah melakonkan watak Spider-Man/Peter Parker dalam game ini. Beliau merupakan individu yang tidak asing lagi dalam industri ini. Antara lakonan suara yang beliau pernah lakukan dalam video game adalah Yosuke Hanamura dalam Persona 4, Nikola Tesla dalam The Order 1886, Prince dalam siri Prince of Persia, Haseo dalam .hack//G.U., hero lelaki dalam Persona 3 dan Sunset Overdrive.

12. Bangunan-Bangunan Dari Marvel Universe

Selain membawakan bangunan ikonik dari bandar New York dari dunia sebenar, game ini juga akan menampilkan bangunan-bangunan fiksyen dari Marvel universe. Wakanda Embassy, Avengers Tower, dan Sanctum Sanctorum adalah antaranya.

Sama ada karakter-karakter yang berkait dengan bangunan-bangunan ini ditampilkan ke dalam game ini ataupun tidak, ia masih belum diumumkan oleh Insomniac.

13. DLC Selepas Pelancaran

3 DLC akan datang, dalam bentuk ‘chapters’, selepas pelancaran telahpun dikongsikan oleh Insomniac. Studio itu menyatakan yang DLC tersebut akan menampilkan pelbagai kisah penceritaan, misi, karakter, watak jahat, dan kostum untuk Spider-Man.

Chapter-chapter ini dikatakan bertajuk ‘Spider-Man: The City That Never Sleeps’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.