in , ,

Marvel’s Spider-Man 2 Diumumkan – Peter Parker/Miles Morales Bergocoh Dengan Venom

Bukan satu, tapi dua buah game Marvel sedang dibangunkan oleh Insomniac Games.

Selain Marvel’s Wolverine, PlayStation Showcase 2021 yang berlangsung awal pagi tadi telah memperlihatkan Insomniac turut mengumumkan Marvel’s Spider-Man 2, iaitu sekuel kepada Marvel’s Spider-Man (2018).

Trailer sinematik pertama telah memaparkan aksi bukan satu, tapi dua Spider-Man, iaitu Peter Parker dan Miles Morales melanyak beberapa penjahat.

Dalam kenyataan di PlayStation Blog, Insomniac nampaknya bakal mengetengahkan kedua-dua Parker dan Morales dalam sekuel ini, setelah masing-masing sudah mempunyai jalan cerita yang cukup kuat dalam Marvel’s Spider-Man dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.

“2” dalam judulnya itu mungkin bukan sahaja membawa maksud game “kedua” dalam sirinya, tetapi mungkin juga bermakna dua Spider-Man yang digabungkan dalam satu game.

Paling membuatkan ramai teruja dengan trailer ini adalah kehadiran Venom, iaitu antagonis utama dalam sekuel ini. Kita akhirnya bakal melihat dua Spider-Man berlawan dengan Venom dalam sebuah game AAA moden.

Melalui kerjasama antara Marvel Games dan PlayStation, Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan pada 2023, eksklusif untuk PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Marvel’s Wolverine Diumumkan, Dibangunkan Oleh Insomniac Games Untuk PS5

Uncharted 4, The Lost Legacy Versi Remastered Akan Dilancarkan Ke PS5, PC Awal Tahun 2022