in , , , , ,

Marvel’s Avengers Umumkan Ms. Marvel (Kamala Khan), Saksikan Trailer & Screenshots Baru

Sebelum ini, Square Enix telah mengesahkan bahawa Ms. Marvel akan ditampilkan dalam game mereka akan datang, Marvel’s Avengers.

Terkini, mereka telah memuatnaik dua trailer terbaru serta berkongsikan beberapa screenshots terbaru untuk Ms. Marvel atau nama sebenarnya, Kamala Khan. Korang boleh saksikannya di bawah:

Kamala digambarkan sebagai seorang berdarah campur Pakistan-Amerika yang membesar di Jersey City. Kamala mengidolakan pelbagai superhero seperti Captain Marvel. Apabila memiliki kuasa luar biasa ekstatik semasa menjadi Ms. Marvel, beliau berupaya menukar bentuk dan saiz. Dalam game ini nanti, beliau akan membantu pasukan Avengers membongkar satu konspirasi yang cukup besar.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 15 Mei 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Red Dead Redemption 2 Secara Rasminya Diumumkan Untuk PC, Bakal Dilancarkan 5 November

Mode Volta Dalam FIFA 20 Takkan Ada Microtransactions Semasa Pelancaran

FIFA 20: Boleh Beli or Boleh Blah!?