in , ,

Mark Walhberg Kongsikan Video Pertama Sully Yang Bermisai Dalam Filem Uncharted

Semakin hari kita semakin disajikan dengan beberapa butiran baharu tentang filem Uncharted. Dan terkini, kita dapat melihat sedikit gambaran bagaimana paras rupa Sully dalam filem adaptasi dari video game terkemuka ini.

Mark Walhberg yang akan menghidupkan watak Sully telah memuatnaik satu video pendek di Instagram, memperlihatkan beliau sudah disolek dengan bermisai, sambil berkata, “jangan tanya kenapa” dalam nada yang berseloroh marah.

Walaupun beliau tidak menyatakan secara jelas bahawa itu adalah penampilan Sully dari filem Uncharted, tapi tentu itulah apa yang beliau cuba sampaikan kerana kita sudah tahu beliau akan membawakan watak tersebut, serta filem itu kini sedang dalam penggambaran.

Beberapa hari lalu, Tom Holland telah berkongsikan gambar pertama beliau dalam kostum Nathan Drake.

Filem Uncharted ini akan diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom. Ia akan dibintangi oleh Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada Julai 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Patutkah Streamer Membayar Royalti Kepada Pembangun Game? Ini Respon Pengarah Kreatif Google Stadia

Bloodstained: Ritual Of The Night Akan Hadir Ke Android Dan iOS