Beberapa hari lalu, kami ada laporkan tentang bagaimana, lebih daripada setahun yang lalu, Mark Hamill pernah berminat untuk memainkan watak Vesemir dalam siri adaptasi The Witcher untuk Netflix.
Selepas tweet Hamill itu tular semula setelah dilapor meluas oleh media antarabangsa, beliau kembali dengan mengeluarkan kenyataan baharu. Beliau mengesahkan bahawa sehingga kini, Netflix masih belum menghubunginya untuk meminang beliau bagi memainkan watak Vesemir. Hamill kemudian berseloroh untuk pihak Netflix menelefon ejen beliau bagi mendapatkan khidmatnya.
I still have no idea what this is or what it's about, but I DO know they haven't ever asked me to play Vesemir… yet.#CallMyAgent https://t.co/8gZpuwfsMi
— Mark Hamill (@HamillHimself) December 25, 2019
Apa yang lebih menarik ialah kenyataan terbaru Hamill ini dibalas penerbit The Witcher untuk Netflix itu, iaitu Lauren S. Hissrich — membalas dengan emoji mata seolah-olah sedang memerhatikan kenyataan Hamill ini.
👀
— Lauren S. Hissrich (@LHissrich) December 25, 2019
Ramai yang sudah “menggila” melihat perkembangan ini. Ramai peminat, termasuk penulis sendiri, merasakan Mark Hamill adalah insan yang sangat sesuai memainkan watak Vesemir ini — seseorang yang memiliki sifat kebapaan, bijak, cergas, kepurbaan, penyimpan kepada rahsia-rahsia besar Witcher.
Musim pertama The Witcher kini sedang hangat ditayangkan di Netflix. Korang boleh baca reviu JomGaming untuk musim pertama ini di sini.
Comments
Loading…