in ,

Mark Hamill Pernah Menyatakan Minat Untuk Mainkan Watak Vesemir Dalam The Witcher Netflix

Mark Hamill, insan yang paling dikenali sebagai Luke Skywalker dalam filem-filem Star Wars, sebenarnya pernah berminat untuk mainkan watak Vesemir dalam The Witcher di Netflix.

Jauh sebelum The Witcher mula ditayangkan di Netflix, atau lebih tepatnya pada Mac 2018, penerbit siri tv itu, Lauren S. Hissrich telah membuat satu thread di Twitter, membincangkan beberapa watak yang akan dihidupkan dalam siri itu.

Apabila tiba watak Vesemir, ada peminat yang mencadangkan ia sesuai dimainkan oleh Mark Hamill, sambil memetik sendiri akaun Twitter Mark Hamill. Apa yang menarik ialah Mark telah membalas tweet tersebut dengan mengatakan, “Saya tidak tahu-menahu tentang apakah ini tapi saya setuju ia boleh/patut dimainkan oleh saya.”

Cadangan ini timbul kerana sifat Vesemir itu sendiri yang banyak persamaan dengan Luke Skywalker — memiliki sifat kebapaan, bijak, cergas, kepurbaan, penyimpan kepada rahsia-rahsia besar Witcher.

Tweet ini dinaikkan semula oleh seorang pengguna di Reddit, dalam kehangatan The Witcher yang sedang ditayangkan di Netflix. Satu tweet yang dibalas pada tahun lalu mungkin boleh kita katakan sebagai dah basi, tapi ia sesuatu yang menarik untuk kita fikir-fikirkan.

https://www.reddit.com/r/witcher/comments/eek9hx/now_the_show_is_off_to_such_a_great_start_can_we/?utm_source=share&utm_medium=web2x

Pada ketika ini, walaupun sudah mengumumkan musim keduanya, pihak Netflix masih lagi belum mengumumkan siapakah yang bakal menghidupkan watak Vesemir dalam The Witcher. Para peminat semestinya sudah tidak sabar kerana (tanpa spoiler) Vesemir bakal memainkan peranan yang penting dalam musim kedua kelak.

Korang setuju sekiranya Mark Hamill menjadi pelakon kepada watak Vesemir? Atau korang ada cadangan yang lebih baik?

Korang boleh baca reviu JomGaming untuk musim pertama The Witcher untuk Netflix di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game VR Dan AR Lebih Menarik Minat Olimpik Kerana Gunakan Lebih Pergerakan Fizikal

Hideo Kojima Berikan Komen Tentang Genre Battle Royale: "Cara Paling Senang Buat Duit"

Hideo Kojima Mula Mengacah Projek Beliau Yang Seterusnya