in , ,

Mario Kart Live: Home Circuit – Kawal Kereta Dan Trek Dunia Sebenar Di Ruang Tamu Dengan Nintendo Switch

Nintendo sememangnya tidak ketandusan idea dalam memperlihatkan teknologi inovatif untuk Nintendo Switch. Kali ini, mereka mengumumkan sebuah set permainan baharu yang cukup menarik.

Digelar Mario Kart Live: Home Circuit, ia merupakan set permainan yang akan membenarkan pemain berlumba dengan kereta di dunia sebenar, dikawal dari Nintendo Switch. Lebih menarik, kita boleh mengubahsuai trek fizikal kita sendiri di ruang tamu, atau mana-mana kawasan yang sesuai untuk dimainkan.

Set permainan ini akan didatangkan sekali dengan alat-alat yang diperlukan untuk mencipta trek perlumbaan fizikal iaitu 4 unit pagar dan 2 unit papan tanda arah. Susun alat-alat ini untuk cipta trek fizikal sendiri untuk dimainkan oleh Kart (kereta) yang dikawal dari jauh di controller Switch.

Satu set Mario Kart Live: Home Circuit ini hanya didatangkan bersama sebuah unit Kart sahaja, sama ada yang dinaiki Mario atau Luigi. Game ini akan boleh dimainkan sehingga 4 orang pemain, yang mana setiap pemain memerlukan unit Switch dan Kart masing-masing.

Mario Kart Live: Home Circuit akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 16 Oktober ini. Korang boleh layari laman rasmi Mario Kart Live: Home Circuit untuk dapatkan butiran lanjut.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemain Takkan Perlukan Lagi PS Plus Untuk Main Rocket League Apabila Ia Berubah Model Kelak

Nintendo Umumkan Game Battle Royale Untuk Super Mario Bros - 35 Pemain Berentap Serentak

Nintendo Umumkan Game Battle Royale Untuk Super Mario Bros – 35 Pemain Berentap Serentak