Bagi mereka yang suka bermain Splatoon dan juga mencari buds telinga baru, mari berlepak di perjumpaan HyperX x Splatoon 3 Gathering di ATO Gaming Café TTDI.

Acara ini akan melancarkan HyperX Cloud Mix Buds dan Splatoon 3 sambil menghidang menu makanan dan minuman bertema pada 11 September 2022, dari 12pm hingga 6pm.
Splatoon 3 akan dilancarkan pada 9 September 2022 di Nintendo Switch, sempena pelancaran game ini, ATO akan mengadakan beberapa aktiviti menarik bersama komuniti dan para hadirin seperti cabutan bertuah, perlawanan dan demo.
Hadiah buah tangan dari HyperX juga menanti bagi hadirin yang berkumpul.

Splatoon 3 adalah sebuah game 4v4 arena battle yang laju, maka ia memerlukan ketepatan pendengaran yang tajam untuk mencari pihak musuh.
Dengan itu, HyperX Cloud Mix Bud datang untuk menyelamatkan keadaan! Sambungan low latency ultra rendah 2.4GHz untuk Nintendo Switch sambil menggunakan mod hand-held dan tukar kepada sambungan Bluetooth pada mod docking.
Audio HyperX yang berkualiti tinggi membantu menentukan kedudukan musuh
lebih tepat.
Bukan itu sahaja, HyperX Cloud Mix Buds juga boleh digunakan dengan 2 peranti serentak! Jadi korang bolehlah dengar game korang di Switch sambil melayan Spotify ataupun Youtube dari telefon atau PC korang!

TWS Dwi Wireless: 2.4GHz | Bluetooth
• Menggunakan USB-C untuk sambungan 2.4GHz kependaman ultra rendah
• Beralih kepada Bluetooth tanpa penyesuai (adapter)
• Bunyi ‘Signature’ HyperX + Fon Kepala DTS: X
• Sambung kepada 2 peranti serentak
• Dapatkan kedudukan audio yang tepat dan pentas bunyi 3D dengan kuasa DTS dan audio HyperX berkualiti tinggi
Hayat bateri tahan lama
• Fon telinga: 10 jam
• Case: 23 jam
• Jumlah: 33 jam

Terdapat bebarapa unit demo untuk pemain cuba semasa perhimpunan di kiosk HyperX termasuk Hyperx Cloud Mix Buds, fon kepala dan ChargePlay Quad.
Harga promosi istimewa untuk semua barangan HyperX akan ditawarkan dari 5 September hingga 11 September 2022 di semua kedai ATO!
Kalau korang nak cuba best tak buds ni, bolehlah cuba di acara perjumpaan ini nanti. Unit demo, cabutan bertuah dan promosi produk HyperX ditaja oleh HyperX, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membawa pulang barangan HyperX. Jumpa di sana!
Comments
Loading…