in , , , ,

Mari Berkenalan Bersama Anak-Anak Kapal Pathfinder Dalam Trailer Terbaru Mass Effect: Andromeda

Mass Effect: Andromeda mengisahkan perjalanan anak kapal Pathfinder dalam mencari penempatan baru dan membina kehidupan baru sejauh 2.5 juta tahun cahaya.

Dua trailer baru ditonjolkan oleh BioWare dan untuk trailer pertama ini menerangkan sedikit tentang krew Pathfinder iaitu Leftenan Cora Harper bersama Alec Ryder, Liam Kosta, adik-beradik Scott dan Sarah Ryder.

Trailer kedua ini menampilkan sedikit cerita latar belakang iaitu 600 tahun selepas kejadian trilogi Mass Effect dan ahli kapal Pathfinder berdepan dengan musuh baru, Kett Archon.

Mass Effect: Andromeda akan dilancarkan pada 21 Mac 2017 untuk PC, PS4 dan juga Xbox One.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penantian Akhirnya Berakhir! Game The Avengers Akan Dibangunkan Square Enix dan Marvel!

Info Leaked Microsoft Project Scorpio Telah Mengesahkan 6TFLOPS AMD GPU Dan Banyak Lagi