Pemain legenda Belanda dan AC Milan, Marco van Basten telah dibuang dari FIFA 20 kerana ucapan berbaur Nazi yang dizahirkannya ketika siaran langsung semasa menjadi pengulas di Fox Sports.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh EA Sports, mereka ambil tahu tentang komen yang diucapkan oleh van Basten. EA Sports sentiasa memberikan komitmen untuk kesamarataan dan kepelbagaian dalam game mereka, maka, FIFA 20 telah menggantung kehadiran van Basten sebagai ICON dalam mode Ultimate Team termasuklah Packs, SBC dan FUT Draft.
EA Sports tidak menyatakan bahawa pembuangan ini adalah kekal, sebaliknya mengatakan penggantungan dibuat sehingga notis seterusnya diberitahu. Bermakna, ada kemungkinan legenda itu akan kembali dalam masa akan datang.
https://www.reddit.com/r/FIFA/comments/e587nk/marco_van_basten_now_out_of_packs_sbcs_and_draft/
Minggu lalu, Fox Sports di Belanda telah menggantung pengulasan van Basten di saluran tersebut selepas beliau mengucapkan “Sieg Heil” semasa siaran langsung, lapor BBC. Fox Sports mengatakan bahawa ucapan tersebut adalah sesuatu yang “bodoh dan tidak beradab”.
Fox Sports menggantung van Basten selama seminggu dan gaji beliau akan didermakan kepada ‘Netherlands Institute for War Documentation’.
van Basten telahpun memberikan permohonan maafnya, mengatakan niatnya “bukan untuk mengejutkan orang ramai”. Sebaliknya, katanya, komen itu hanyalah untuk “mengejek” rakannya, Hans Kraay, yang baru sahaja menemuramah pengurus kelab Heracles Almelo, Frank Wormuth yang berasal dari Jerman.
Comments
Loading…