Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, empat legenda bola sepak dunia telah didedahkan sebagai ICON terbaru dalam FIFA 18.

Dalam beberapa siri FIFA sebelum ini, sistem Legends digunakan. Sistem ini memberikan pemain-pemain legenda yang sudah bersara dalam mode FIFA Ultimate Team (FUT), eksklusif untuk Xbox.

Walau bagaimanapun, sistem Legends ini akan dimansuhkan, memperkenalkan sistem baru, iaitu ICONS. Perbezaannya hanyalah tiada lagi hak eksklusif untuk Xbox. ICONS ini akan ditampilkan dalam platform current-gen (PC, PS4 & Xbox One).

Pemain legenda pertama yang diperkenalkan sebelum ini dalam ICONS adalah Ronaldo Luís Nazário de Lima. Terkini, empat legenda lain telah diperkenalkan untuk ICONS, iaitu Diego Maradona, Pele, Thierry Henry dan Lev Yashin. Korang boleh saksikan trailer pengenalan ini di bawah:

Pendedahkan Diego Maradona sebagai antara ICONS dalam FIFA 18 ini boleh dikatakan agak mengejut selepas baru-baru ini, Konami telah mengumumkan kerjasama bersama legenda Argentina itu untuk siri PES mereka. Dengan Konami masih belum dedahkan apakah bentuk kerjasama yang akan dijalankan, pendedahan ICONS dalam FIFA 18 ini membuatkan lebih banyak persoalan timbul.

FIFA 18 akan dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, PS3, Xbox 360 dan Nintendo Switch (versi tersendiri) pada 29 September 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.