Seperti dijanjikan sebelum ini, DICE telah mengeluarkan sebuah trailer terbaru, memaparkan kandungan yang sangat dinantikan oleh komuniti Battlefield V.

Pertempuran di Lautan Pasifik, satu kandungan yang semahunya dikeluarkan semasa pelancaran, bakal dapat dinikmati oleh para pemain Battlefield pada 31 Oktober ini. DICE telah mengumumkan berita ini melalui satu trailer cukup memukau yang korang boleh saksikannya di bawah:

Berikut ialah apa yang bakal tiba dalam Battlefield V Chapter 5: War in the Pacific:

  • Map baru: Iwo Jima, Pacific Storm dan bakal tiba pada Disember, Wake Island.
  • Faction baru: Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Senjata baru termasuklah M1 Garand dan M1919A6.
  • Kenderaan baru termasuklah kereta kebal M4 Sherman dan kapal terbang F4U Corsair.
  • Senjata stationary baru.
  • Gajet baru seperti dua Battle Pickup iaitu pedang Katana dan M2 Flamethrower.
  • Pelbagai Chapter Rewards baru seperti untuk senjata, set askar, skin senjata, dan senjata tajam.

Battlefield V boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

1 komen

JomKomen!