in , , ,

Map Ketiga Dalam PUBG Akan Hadir Sebelum Bulan Julai Ini

Walaupun masih belum disahkan secara spesifik, pembangun PlayerUnknown’s Battlegrounds, PUBG Corp. telah bercakap sedikit tentang apa yang akan hadir pada bulan-bulan yang akan datang untuk game battle royale popular itu.

Salah satunya adalah map baru yang sedang dihasilkan yang mana sepatutnya akan tiba sebelum bulan Julai.

Sebahagian daripada pembangunan terkininya telah dikemaskini dan dikongsi di Steam. PUBG Corp. menjelaskan bahawa ia perlu ditunda “sebahagian besar daripada pembangunan ciri-ciri dan sistem utamanya” untuk memastikan game tersebut dapat menangani isu-isu penipuan yang serius.

PUBG Corp. juga berkata begitu atas “sebab-sebab lain”, mereka tidak mampu untuk berkongsi pelan tindakan PUBG untuk tahun 2018 kerana masa yang spesifik telah diubah.

Mereka sekarang merancang untuk berkongsi maklumat tentang apa yang akan hadir untuk game itu di PC mulai sekarang sehingga ke bulan Jun sebagai sebahagian daripada pengumuman dalam bulan Mac, termasuklah maklumat spesifik mengenai map seterusnya.

“Kami mempunyai banyak perkara yang menarik yang kami mahu kongsikan bersama kamu semua, termasuklah kandungan baru yang menyediakan pengalaman battle royale yang lebih panjang berserta juga dengan peningkatan dan modifikasi untuk mencipta gameplay yang lebih mendalam dan realistik. Pada bulan Mac, pasukan kami akan mendedahkan apa yang kamu boleh jangkakan dari kami dalam separuh tahun pertama 2018 dari segi pembangunan dan rancangan kandungan baru kami, termasuklah map baru.”

Mereka juga berkongsi sedikit maklumat mengenai perubahan yang akan hadir ke pemain high-ping yang terhad dari sesi tertentu. Pengumuman sebelum ini merancang untuk mengenakan had ping yang maksimum telah ditunda oleh usaha studio anti-cheat, tapi sekarang mereka mempunyai penyelesaian baru yang percaya bahawa ia akan memberikan “keputusan yang lebih baik”.

“Tidak seperti kaedah yang dipertimbangkan sebelum ini, kami akan membahagikan perlawanan mengikut ping. Ini bermakna pengguna yang mempunyai ping yang rendah akan lebih diutamakan semasa perlawanan. Pasukan kami menjangkakan untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman permainan dengan membahagikan perlawanan dan bukannya dengan menyekat sambungan bergantung kepada ping. Penyediaan sedang dijalankan untuk menguji kaedah ini di beberapa daerah dengan percubaan pertama dirancang akan dimulakan pada minggu ini. Tarikh spesifik akan dikongsi apabila ia sudah bersedia.”

Sumber: Gamespot

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Burnout Paradise Remastered Akan Hadir Ke Xbox One Dan PS4 Pada Bulan Depan

Naughty Dog Terbuka Untuk Bangunkan Game Bukan Third-Person Pada Masa Akan Datang