in , , , , , ,

Map Dust 2 Dari Counter-Strike Dibikin Semula Dalam Fortnite

Sebut saja Counter-Strike, pasti map pertama yang terlintas dalam fikiran ialah Dust 2. Tidak keterlaluan untuk kita katakan Dust 2 sebagai antara map paling ikonik dalam sejarah video game.

Terbaru, Team Evolve, pasukan yang gemar mencipta pelbagai kandungan dalam Fortnite Creative, telah membikin semula Dust 2 dalam Fortnite. Pandang pertama map itu diperlihatkan dalam satu tweet:

https://twitter.com/teamevolvefn/status/1227647034850709504?s=20

Melalui mode baru yang diperkenalkan, iaitu Search and Destroy, map ini boleh menyajikan pengalaman Counter-Strike yang sama, iaitu mempunyai dua objektif, A dan B, yang perlu dipertahankan atau diserang, tetapi di dalam dunia Fortnite.

Team Evolve mengatakan yang kod untuk bermain map ini di Fortnite Creative akan dikongsikan mereka dalam masa beberapa hari nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sempena Hari Kekasih, Sony Keluarkan Iklan PlayStation Yang Agak Aneh

Sempena Hari Kekasih, Sony Keluarkan Iklan PlayStation Yang Agak Aneh

The Last of Us 2 Disahkan Tiada Multiplayer, Tapi Naughty Dog Ada Perancangan Lebih Besar

Saksikan Video Ini Bagaimana Senjata Diubahsuai Dalam The Last of Us Part II